Penyampaian Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

Pada 11 Jun 2020 yang lalu, pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris mangsa kemalangan maut di Kedah baru-baru ini. Kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Arkib Negara, Jalan Mentaloon, Alor Setar itu telah meragut nyawa Asisten Superintenden Aldrin anak Gonda, berusia 38 tahun. Mendiang, yang ketika itu merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Bantuan khairat itu disampaikan dalam bentuk sumbangan cek kepada balu mendiang iaitu Puan Anastasia Chu dalam satu majlis yang diadakan di IPD Kota Setar, Alor Setar. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Khidmat Pelanggan SPANCO, Puan Rohana Abdullah dan Eksekutif Akaun SPANCO, Encik Nik Hafiz Sophian Nik Mohd Zaaba bersama-sama pegawai dan anggota PDRM dari IPD tersebut.

Pada upacara ringkas itu juga, Puan Rohana dan Encik Nik Hafiz telah menyampaikan ucapan takziah bagi pihak SPANCO kepada balu mendiang serta mendoakan supaya beliau dan keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian atas kehilangan insan tersayang yang merupakan antara wira barisan hadapan negara.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!