Perkhidmatan di Pusat Servis Wilayah (PSW) SPANCO Bangi

SPANCO merupakan penyedia perkhidmatan pengurusan fleet yang beroperasi sejak tahun 1994. Rangkaian penyenggaraan dan pembaikan kenderaan SPANCO ditunjangi dua Pusat Servis Wilayah (PSW) iaitu PSW Batu Caves dan PSW Bangi yang disokong oleh lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara. SPANCO sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan fleet yang cekap dan berkualiti. Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin mencabar telah mendorong SPANCO untuk melakukan penempatan semula PSW Puchong ke Bangi pada tahun 2003.

Pusat Servis Wilayah (PSW) Bangi

Tahun 2012 telah menjadi salah satu tanda aras kepada SPANCO apabila PSW Bangi baharu mula beroperasi dengan keluasan tapak sebanyak dua ekar bagi menggantikan kemudahan sedia ada. Pembinaan pusat servis ini ialah bagi mempertingkatkan kecekapan operasi pengurusan fleet dan memperbaiki tahap kepuasan pelanggan. Ia juga telah dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur yang lebih luas, bersih dan selesa melalui konsep servis di bawah satu bumbung.

Pusat Servis Wilayah, Bangi

Servis seperti penyenggaraan berjadual, pembaikan mekanikal, rombak rawat, pengimbangan dan penjajaran tayar, pembaikan hawa dingin dan pendawaian elektrik dilakukan secara tersusun dan rapi di PSW Bangi melalui peruntukan satu petak servis untuk setiap mekanik. Latihan dan pembangunan insan yang berterusan diberi kepada setiap kakitangan supaya mereka menjadi lebih kompeten dan berkemahiran.

Selain itu, Pusat Servis Wilayah ini juga telah dinaiktaraf bagi memastikan pelanggan mempunyai kemudahan yang selesa ketika menghantar kereta mereka untuk diservis. Penyediaan ruang menunggu yang luas dengan penghawa dingin, perkhidmatan Internet (Wi-Fi), bahan bacaan yang menarik, tempat duduk yang selesa dan kemudahan televisyen disediakan kepada mereka.

Baca juga: Budaya Kualiti dan Amalan Penambahbaikan Berterusan

200217Spanco-0112-e

Pembaharuan

Pelbagai pembaharuan telah dilakukan, namun SPANCO berpegang kepada konsep kelestarian alam sekitar. PSW Bangi juga tidak terkecuali dengan memastikan pengunaan tenaga secara optimum, mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dengan penyisihan sampah (sisa umum, plastik dan kertas), pengurusan sisa berjadual dan lain-lain inisiatif bagi menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab bersama.

Kaunter perkhidmatan telah ditambahkan bagi memudahkan urusan pelanggan. Sistem Perkhidmatan Kiosk digunakan bagi mempercepatkan dan meningkat tahap kecekapan proses pendaftaran pelanggan serta menilai prestasi Penasihat Servis terhadap pelanggan. Dengan adanya sistem kiosk ia telah mengurangkan masa untuk pendaftaran antara Penasihat Servis dan pelanggan serta meningkatkan tahap kecekapan dan menambahbaik pengalaman pelanggan di pusat servis.

200217Spanco-0027-e

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!