Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD SPANCO 2019

(Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang ini telah diadakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan)

Anugerah Pencapaian Cemerlang Pusat Servis Diiktiraf (PSD) adalah anugerah tahunan yang dianjurkan oleh SPANCO sejak tahun 2016 bagi menghargai sumbangan serta peranan PSD yang telah memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan SPANCO. Selain memastikan kenderaan konsesi disenggara dengan baik, komitmen yang tinggi terhadap mutu kepuasan pelanggan juga menjadi kriteria utama. Oleh itu, SPANCO menggunakan platform ini untuk menggalakkan PSD supaya mereka terus meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan serta prestasi pusat servis.

Terdapat lebih 200 PSD di seluruh negara yang menyokong perkhidmatan pengurusan fleet SPANCO dengan melakukan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan terhadap kenderaan konsesi seperti servis berkala, pembaikan, khidmat tunda, baik pulih kemalangan, rombak rawat serta mengetuk dan mengecat badan kereta. Setiap pelantikan PSD perlu melalui beberapa proses saringan bagi memastikan ia menepati kualiti pengurusan fleet kenderaan dan menjamin servis yang bermutu. Pasukan SPANCO juga sentiasa melakukan lawatan audit ke atas PSD bagi menjamin pematuhan piawaian perkhidmatan.

Proses penilaian bagi pemenang anugerah ini adalah berdasarkan beberapa kriteria. Keseluruhan PSD dinilai berdasarkan kriteria pematuhan Audit 4M di mana markah majoriti dikuasai oleh tahap kepuasan pelanggan. Berikut merupakan kriteria-kriteria yang digunakan secara terperinci bagi pemilihan pusat servis terbaik:

  1. Audit Pusat Servis (Audit 4M) – merangkumi 20% daripada keseluruhan markah
  2. Rating VOC (Voice Of Customers) – merangkumi 80% daripada keseluruhan markah
  3. Aduan dari pelanggan – (-5%)
  4. Pujian dari pelanggan – (+5%)

Audit 4M merupakan penilaian prestasi berpandukan empat kriteria iaitu Kaedah (Method), Tenaga Kerja (Manpower), Peralatan (Machine) dan Bahan (Material). Ia dilakukan bagi memastikan semua pusat servis di bawah SPANCO menggunakan satu kayu pengukur dalam menghasilkan standard yang sama dan kualiti servis terjamin kepada pelanggan.

Terdapat lima pemenang yang dipilih daripada setiap wilayah iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak selepas melakukan lawatan ke PSD bagi proses penilaian dari segi fasiliti dan kemudahan asas, peralatan, keterampilan, layanan pekerja terhadap pelanggan, pematuhan prosedur, etika kerja dan kondisi ruang kerja. Berdasarkan penilaian tersebut, pemenang yang merangkul anugerah pada tahun ini ialah PSD Yang Auto Best bagi Zon Selatan. Ia diikuti dengan PSD Sam Soon Automobile bagi Zon Utara, PSD Hoi Keen bagi Zon Timur, PSD Kota Bumi bagi Zon Sabah dan PSD PESB Sibu bagi Zon Sarawak.

Semua pemenang diraikan pada majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD yang berlangsung pada 14 Mac 2020 di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Sijil dan plak sebagai tanda penghargaan disampaikan kepada pemenang anugerah yang terpilih daripada setiap wilayah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!