6 Kriteria Pelantikan PSD SPANCO

Pusat Servis Diiktiraf (PSD) adalah panel pusat servis yang dilantik SPANCO untuk melakukan  penyenggaraan dan pembaikan terhadap kenderaan konsesi.  PSD dipilih dari kalangan pusat servis Proton Edar  dan pusat servis bebas di seluruh negara.

Sebelum dilantik sebagai PSD SPANCO, sesebuah pusat servis perlu melalui proses saringan yang ketat dan teliti bagi menjamin servis yang bermutu dan memenuhi perjanjian tahap perkhidmatan. Pemilihan yang teliti adalah penting bagi menjamin kelancaran operasi fleet yang ditetapkan pada tahap 98% keupayaan kenderaan boleh bergerak dalam satu-satu masa.

Terdapat lebih 200 PSD SPANCO di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan lengkap dan menyeluruh meliputi servis rutin biasa hingga kepada khidmat tunda, baik pulih kemalangan, rombak rawat serta mengetuk dan mengecat badan kereta.

Pemilihan PSD berpandukan parameter berikut:

Lokasi Strategik

Keutamaan pelantikan diberikan kepada pusat servis di kawasan yang mempunyai jumlah kepadatan kenderaan konsesi yang tinggi selain jarak mereka perlu melebihi 25 kilometer antara satu sama lain bagi menghindar persaingan.

Kemudahan Lengkap

Pusat servis yang bakal dilantik ke dalam rangkaian perkhidmatan SPANCO perlu mempunyai kelengkapan, peralatan, kemudahan yang disediakan kepada pelanggan dan tenaga mahir yang mencukupi. Kelayakan dan kepakaran juga mestilah seiring perkembangan teknologi automatif masa kini dan sebagaimana yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan.

Berdaftar, Kukuh dan Stabil

PSD mestilah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), diiktiraf oleh PIAM bagi kerja mengetuk dan mengecat badan kereta serta menyediakan perlindungan insurans untuk kereta pelanggan yang ditinggalkan di premis mereka.

Servis Berlainan

Keutamaan diberikan kepada pusat servis yang menyediakan perkhidmatan berbeza daripada yang sedia ada di sesuatu kawasan. Ia bagi mewujudkan rangkaian yang mampu menyediakan servis menyeluruh untuk kenderaan pelanggan SPANCO.

Alat Ganti Tulen

Penggunaan alat ganti tulen sahaja dibenarkan sekaligus membuktikan SPANCO  tidak berkompromi dengan mana-mana PSD yang melanggar syarat ini.

Pelanggan SPANCO Diberi Keutamaan PSD mesti mengutamakan pelanggan SPANCO setiap kali kereta konsesi dihantar untuk diservis atau dibaiki.

Audit 4M

Prestasi setiap PSD turut dinilai secara proaktif sepanjang masa melalui Audit 4M yang berasaskan kepada empat kriteria iaitu Kaedah (Method), Tenaga Kerja (Manpower), Peralatan (Machine) dan Bahan (Material).

Sistem Audit 4M adalah berasaskan pada kualiti secara keseluruhan, baik dari segi pengurusan luaran mahupun dalaman sesebuah pusat servis.

Pelaksanaan piawaian Sistem Audit 4M di semua rangkaian PSD memastikan pelanggan di luar Lembah Klang turut diberikan tahap layanan dan mutu servis setanding di pusat servis utama SPANCO iaitu Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves dan PSW Bangi.

Temu Janji

Pelanggan boleh menyemak senarai lengkap dan jenis perkhidmatan di PSD dan membuat temu janji servis dengan melayari laman web rasmi SPANCO di www.spanco.com.my/service-centers/.

Pelanggan juga boleh memuat turun Aplikasi Mobil SPANCO dari Google Play dan App Store untuk membuat temu janji servis, melaporkan kes kerosakan atau kemalangan dan menyemak status pembaikan kenderaan mereka.

Anugerah Pencapaian Cemerlang PSD

Anugerah tahunan ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai sumbangan serta peranan PSD yang memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan SPANCO selain memberi perkhidmatan yang telus dan cekap khususnya dalam pembaikan kenderaan mengikut piawaian SPANCO.

Penilaian berdasarkan dua kategori iaitu tahap kepuasan pelanggan dan tahap pematuhan Audit 4M.

Lazimnya, pemenang dipilih dari setiap lima zon iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang), Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor), Zon Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), Zon Sabah dan Zon Sarawak.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!