VOLVO S90 T5 & XC90 T5

Syarikat Volvo memperkenalkan enjin petrol T5 terbaharu dalam keluarga model 90 terbesarnya iaitu S90, V90 dan XC90 berikutan langkah jenama Sweden itu untuk mengalihkan fokus daripada penggunaan bahan api diesel kepada petrol dan elektrik.

Enjin T5 dengan kapasiti 2.0 liter 4 silinder adalah berasaskan enjin 2.0 liter yang sama digunakan pada varian T8 Twin-Engine Hybrid, namun tanpa sistem hibrid mahupun bantuan kuasa elektrik.

Ia adalah sebahagian daripada rangkaian enjin Drive-E berkuasa turbo keluaran Volvo yang menggunakan banyak bahan aluminium.

Enjin T5 mampu menjana sehingga 254 kuasa kuda dan daya kilas setinggi 350Nm, memberikan daya pecutan 0-100 km/j sepantas 6.8 saat untuk model sedan S90, 7 saat untuk model wagon V90 dan 7.9 saat untuk SUV XC90.

Semua model ini dibangunkan atas platform baharu iaitu Scalable Product Architecture (SPA) yang lebih kukuh tetapi lebih ringan, selamat lagi efisien.

S90 T5

S90 T5 adalah sedan premium saiz sederhana keluaran Volvo di  mana V90 adalah varian wagon kepada model ini. Memiliki ciri-ciri canggih dan terkini, S90 T5 memberi saingan hebat kepada segmen premium jenama tersohor yang lain. Reka bentuknya menampilkan gaya kemas yang minimalis.

Lampu utama depan berteknologi LED DRL serta jeriji besar dan logo yang diilhamkan daripada model generasi terdahulu, memberi identiti tersendiri. Konsep kemas yang minimalis diteruskan dalam ruang kabin dengan papan pemuka yang elegan dan ringkas.

Fungsi utama boleh diakses pada menu Sensus Connect melalui skrin sesentuh 9 inci yang terletak di tengah-tengah papan pemuka (dashboard).  Maklumat dipapar dalam grafik dan susun atur yang jelas serta mudah  dilihat seperti dalam telefon pintar.

Tempat duduk diperbuat daripada kulit memberikan keselesaan serta penampilan klasik dan berkualiti. Kabin juga sangat luas, terutama  di barisan tempat duduk belakang.

Tempat simpanan pula bersaiz 500 liter, jadi memang sesuai untuk perjalanan ‘outstation’. Transmisi automatik 8-kelajuan yang dipadan dengan enjin T5 memberikan pemanduan dan pecutan yang lancar dan selesa.

S90 T5 turut dilengkapi  ciri-ciri keselamatan pasif dan aktif termaju termasuk  City Safety iaitu sistem pengesan terhadap pejalan kaki, penunggang basikal serta binatang besar, Run-off Road Mitigation with Road Edge Detection dan sistem pemantauan titik buta bersama Steer Assist.

Juga ciri Adaptive Cruise Control, amaran jarak serta ciri pemanduan semi-autonomi Pilot Assist yang mampu membantu pemanduan sehingga kelajuan 130 km/j.

XC90 T5

XC90 adalah SUV premium saiz sederhana keluaran Volvo sejak 2002.  Pada 2014, Volvo memperkenalkan XC90 Generasi Kedua dengan wajah dan casis baharu. Pada 2018, XC90 T5 yang dikemaskini mula diedarkan di Malaysia.

Walaupun merupakan varian paling rendah berbanding dua varian yang lain iaitu T8 Inscription dan T8 Inscription Plus, namun tidak berkompromi dalam ciri-ciri keselamatan.

Dari segi teknologi keselamatan aktif, XC90 T5 dilengkapi stereng automatik dalam pakej City Safety dan Blind Spot Information System.

Turut dilengkapi teknologi Oncoming Lane Mitigation manakala Cross Traffic Alert didatangkan dengan brek automatik. Gabungan teknologi dan ciri-ciri pemanduan separa autonomi ini menjadikan XC90 satu daripada kereta paling selamat di dunia.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!