Tahukah Anda Jumper Bateri Kini Boleh Disimpan Dalam Poket?

Adakah kenderaan anda kerap berhenti di tengah jalan? Lupa membawa peralatan kecemasan kenderaan? Semasa mengalami situasi sedemikian alat paling utama yang diperlukan oleh anda ialah jumper bateri kenderaan. Ia merupakan alat kecemasan utama yang perlu ada dalam setiap kenderaan.

Disebabkan saiz jumper bateri besar dan memakan ruang kenderaan, ramai tidak suka menyimpan alat tersebut dalam kenderaan mereka. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat jumper bateri mudah alih yang akan memudahkan kerja anda. Jumper bateri bersaiz kecil seperti bank kuasa ‘powerbank’ atau lebih besar daripada itu adalah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Keistimewaan

Apabila bateri kenderaan anda lemah, biasanya anda memerlukan bantuan kenderaan lain untuk memasang kabel jumper bateri bagi menghidupkan kembali kenderaan anda. Selain itu, dalam proses pencarian kenderaan lain, anda mungkin mengalami risiko apabila terpaksa meminta bantuan orang yang tidak dikenali.

Bagi membendung segala masalah yang tidak terduga, anda boleh mula menggunakan jumper bateri mudah alih. Alat baharu ini berupaya ‘jump start’ kenderaan bermula daripada 12 volt dan ke atas. Ia mempunyai kapasiti sebanyak 15,000mAh atau lebih berdasarkan jenama peralatannya.

Anda juga boleh menggunakan peralatan ini untuk mengecas telefon pintar mudah alih, komputer riba, lampu suluh dan menghidupkan enjin lebih lima kali. Benda kecil ini mempunyai banyak faedah bukan sahaja untuk kenderaan malah untuk penggunaan lain.

Cara Penggunaan

Terdapat sebanyak tiga alat penting yang digunakan bersama untuk penggunaan jumper bateri mudah alih. Antaranya ialah bank kuasa, dua kabel bateri dan kabel untuk caj telefon bimbit.

Anda perlu memasangkan dua kabel hitam dan merah kepada bank kuasa sebelum meletakkan kepada bateri. Kepitkan kabel hitam ke terminal negatif bateri dan kabel merah ke terminal positif dan hidupkan enjin kenderaan anda. Sangat mudahkan! Anda tidak lagi memerlukan bantuan kenderaan lain dan boleh menghidupkan kembali kenderaan dengan sendiri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!