Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan, anda masih boleh melakukan aktiviti lain untuk meluangkan masa bersama insan tersayang. Beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Malaysia ketika hujan seperti berikut:

1. Menikmati Bunyi Hujan sambil Minum Teh Tarik

Musim hujan adalah waktu sesuai untuk menikmati ‘comfort food’. Nikmati secawan teh tarik atau kopi panas dengan cucur sambil mendengar bunyi titisan hujan di rumah. Anda boleh merasai ketenangan dan kesejukan suasana ini sambil menonton televisyen.

happy-asian-family-cooking-food-kitchen-home-enjoy-family-activity-together
Sumber : Freepik our-team

2. Memasak Masakan Tradisional

Musim hujan juga adalah masa yang sesuai untuk meluangkan masa di dapur dengan menyediakan makanan kegemaran anda. Makanan tradisional Malaysia seperti laksa, bubur lambuk, mi sup, rendang dan banyak lagi boleh dimasak dan dinikmati bersama keluarga. Aktiviti ini bukan sahaja memberikan kegembiraan malah juga meningkatkan pengetahuan anda tentang warisan masakan Malaysia.

beast
Sumber : beastpark.my

3. Melakukan Aktiviti ‘Indoor’

Mengunjungi tempat aktiviti ‘indoor’ seperti melawat Beast Park di Sungei Wang, School of Hard Knocks Workshop di Kuala Lumpur, Theme Park, Muzium dan sebagainya adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kawasan berisiko. Terdapat banyak tempat aktiviti ‘indoor’ yang anda boleh kunjungi selain air terjun, tasik dan pulau. Anda juga boleh meraih peluang ini untuk mengeksplorasi warisan seni dan sejarah negara di muzium.

pexels-mikhail-nilov-7780771

4. Meluangkan Masa dengan Keluarga

Cuaca hujan mencipta suasana yang selesa dan menenangkan untuk berkumpul bersama keluarga dan sahabat. Anda boleh mengadakan majlis makan malam bersama-sama, bermain kad, UNO, congkak atau sekadar berbual di rumah. Ini adalah cara yang indah untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama insan yang anda kasihi.

toa-heftiba-C9WnRj-CZEk-unsplash

5. Membaca Buku

Hujan adalah saat yang sempurna untuk menenangkan diri dan mendapatkan inspirasi. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk membaca buka atau menulis catatan harian. Suasana hujan seringkali dapat merangsang kreativiti dan membolehkan anda merasai kedamaian.

mollie-sivaram-yubCnXAA3H8-unsplash

6. Menonton Televisyen

Di sebalik tirai hujan, menonton televisyen atau filem tempatan boleh menjadi pilihan hiburan yang paling menyeronokkan. Anda boleh pilih filem Malaysia yang menceritakan kisah-kisah unik dan menarik tentang budaya tempatan. Ini bukan sahaja memberikan hiburan tetapi juga menyokong industri filem Malaysia.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!