Gejala Sindrom COVID-19 Berpanjangan

Ramai mengenali simptom jangkitan COVID-19 namun masih tidak banyak mengetahui sebenarnya terdapat simptom sindrom COVID-19 berpanjangan ‘long COVID-19’ bagi pesakit yang sudah sembuh. Ia adalah keadaan seseorang yang masih bergejala COVID-19 walaupun sudah pulih.

Gejala ini adakala berpanjangan sehingga lebih empat minggu yang mana gejalanya lebih kurang sama dengan simptom jangkitan. Long COVID-19 juga boleh berlaku lebih berbulan-bulan lamanya dan berpotensi terjadi kepada mana-mana bekas pesakit COVID-19 tanpa mengira usia, malah kanak-kanak atau remaja juga tidak terkecuali. Oleh itu, ketahui antara gejala sindrom COVID-19 berpanjangan seperti berikut:

1. Pernafasan

Pesakit mungkin boleh mengalami masalah kesukaran bernafas dan batuk berpanjangan selepas COVID-19.

2. Psikologi

Pesakit juga boleh mengalami kesan psikologi seperti gejala kemurungan dan kegelisahan. Sekiranya anda perasan mengalami masalah ini secara kerap terutamanya selepas COVID-19, dapatkan rawatan segera di hospital berdekatan.

3. Telinga, Hidung dan Tekak

Selain masalah pernafasan, pesakit juga boleh mengalami simptom sindrom COVID-19 berpanjangan daripada aspek telinga, hidung dan tekak. Antara masalah yang boleh dihadapi ialah ruam telinga, hidung atau tekak, tinnitus (bunyi di telinga), sakit telinga, sakit tekak, hilang deria rasa atau bau.

4. Otot

Ramai pejuang COVID-19 daripada semua golongan usia kini boleh mengalami sakit sendi atau otot. Sekiranya anda rasa sakit otot yang agak berbeza sebelum penyakit COVID-19, anda perlu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan bagi menjalani kehidupan sihat seperti biasa.

young-male-psysician-with-patient-measuring-blood-pressure
Sumber : freepik.com

5. Neurologikal

Bekas pesakit juga boleh mengalami gangguan kognitif (lemah ingat, kurang daya tumpuan), sakit kepala, gangguan tidur, gejala neuropati periferi, pening dan kecaluruan. Ia juga merupakan antara simptom COVID berpanjangan yang ramai mengabaikan.

6. Gastrousus

Sekiranya anda mempunyai sakit abdomen, loya, cirit-birit, anoreksia dan hilang selera makan selepas COVID-19 juga perlu mendapatkan rawatan daripada pakar kesihatan agar tidak menjejaskan rutin harian anda.

Long COVID-19 akan membuatkan seseorang sukar untuk menjalankan aktiviti harian kerana kelelahan yang ekstrem. Pesakit yang mengalami simptom COVID-19 berpanjangan boleh mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi yang disediakan di fasiliti-fasiliti kesihatan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!