Cara Membersihkan Terminal Bateri

Pembersihan terminal bateri seringkali diabaikan ketika melakukan penyenggaraan kereta. Terminal bateri yang tersumbat boleh mengehadkan keupayaan kenderaan anda untuk berfungsi dan menyebabkan kerosakan bateri. Ikuti cara pembersihan berikut untuk mengelakkan pembentukan asid kering pada terminal bateri:

1. Tanggalkan Kabel Sambungan daripada Bateri

Sebelum memulakan proses membersihkan terminal bateri, anda harus menanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri. Anda boleh melakukan langkah ini dengan menanggalkan kabel sambungan bahagian negatif terlebih dahulu. Pastikan anda jauhkan kabel sambungan daripada terminal bateri bagi mengelakkan berlakunya renjatan elektrik.

2. Menyediakan Bahan Pembersih

Sediakan bahan untuk membersihkan terminal bateri. Anda boleh gunakan penyembur penanggal kakis atau bancuhan air dan soda bikarbonat bagi memudahkan proses pembersihan ini. Ia juga sangat murah, ringkas dan selamat untuk digunakan.

3. Membersihkan Terminal Bateri

Mulakan proses membersihkan terminal bateri dengan menggosok tompokan asid kering secara perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan asid tersebut. Anda juga boleh gunakan berus gigi dan pastikan diberus hingga semua kotoran tertanggal hingga permukaan terminal jadi bersih.

4. Selesaikan Proses Mencuci

Seterusnya bilas sisa cucian dengan air bersih. Kemudian keringkan terminal dan kabel dengan tuala kering. Ulangi proses ini pada kedua-dua bahagian terminal.

5. Sambungkan Semula Kabel pada Terminal

Akhirnya, selepas proses pengeringan anda boleh sambungkan semula kabel pada terminal bateri. Sebelum menyambungkan kabel, anda boleh menyapukan jeli pertroleum pada terminal bateri sebagai ejen anti-karat. Kemudian, pastikan kabel sambungan diikat tidak terlalu ketat supaya tidak merosakkan alur skru, dan juga tidak terlalu longgar supaya kabel tidak mudah tercabut. Uji ikatan dengan menggoyangkan kabel ke kiri dan kanan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!