Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan pengguna lain. Terdapat banyak kes kemalangan yang dilaporkan akibat pengabaian dalam mematuhi pelanggaran lampu isyarat. Dengan ini, ketahui kepentingan lampu isyarat secara lanjut seperti berikut:

Fakta Lampu Isyarat

1. Sistem Kawalan dan Penyelarasan

Lampu isyarat disediakan di jalan raya untuk memastikan trafik bergerak lancar dan selamat termasuk melindungi pejalan kaki apabila melintas.

2. Kod Warna Universal

Lampu isyarat mempunyai kod warna universal iaitu:
• Hijau – meneruskan perjalanan.
• Kuning – bersedia untuk berhenti.
• Merah – berhenti.

3. Sistem Kawalan Berkomputer

Selaras dengan perkembangan teknologi, sistem kawalan secara ‘fixed time’ telah diubah pada sistem kawalan berkomputer yang berupaya menyelaras pengoperasian lampu isyarat secara automatik bagi mengurangkan kelengahan.

Kelebihan Lampu Isyarat

• Menyediakan laluan yang tersusun dan teratur bagi lalu lintas di persimpangan.
• Meminimakan bilangan pergerakan konflik.
• Menyediakan kaedah pemintasan yang teratur bagi memasuki ke persimpangan lain.
• Memberikan keyakinan kepada pemandu akan hak laluan untuk memintas.

motoqar 1
Sumber : Motoqar

Tips Pemanduan Selamat Lampu Isyarat

• Perlahankan kenderaan anda semasa menghampiri lampu isyarat.
• Patuhi isyarat lalu lintas dengan betul bagi mengelakkan kemalangan.
• Pastikan laluan anda tidak terhalang.
• Peka kepada persekitaraan.

Keutamaan Laluan Apabila Lampu Isyarat Tidak Berfungsi

• Langkah pertama apabila anda melihat lampu isyarat tidak berfungsi adalah memperlahankan kenderaan.
• Selepas itu, pastikan memberi laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
• Sekiranya anda dan kenderaan lain tiba pada masa yang sama, berilah laluan pada kenderaan yang datang dari sebelah kanan terlebih dahulu.
• Akhir sekali, jangan sesekali teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!