Tanda Penutup Radiator Rosak

Penutup radiator yang juga dikenali sebagai ‘radiator cap’ adalah salah satu daripada komponen utama sistem penyejukan kenderaan. Pengabaian penjagaan komponen utama ini boleh menyebabkan kerosakan lain dalam sistem penyejukan. Oleh itu, ketahui antara tanda kerosakan penutup radiator seperti berikut:

Fungsi Penutup Radiator

Penutup radiator adalah ‘gatekeeper’ dalam sistem penyejukan. Selain berfungsi sebagai penutup, ia juga mengawal tekanan dalam sistem penyejukan kenderaan anda. Penutup radiator bukan saja berfungsi sebagai agen kitaran ‘coolant’ untuk melindungi ‘air pocket’ radiator tetapi juga menghalang komponen lembut yang lain seperti hos radiator daripada mengalami kerosakan akibat tekanan suhu yang tinggi.

Tanda-Tanda Kerosakan Penutup Radiator

1. Enjin Panas

Kekurangan bahan penyejuk ‘coolant’ atau kehadiran udara dalam sistem penyejukan boleh menyebabkan enjin mengalami masalah panas melampau. Jika anda perasan suhu enjin meningkat, segera berhentikan kenderaan di tepi jalan dan periksa takat ‘coolant’ setelah enjin sejuk.

Jika terdapat limpahan bahan penyejuk berhampiran penutup radiator, mungkin terdapat kerosakan pada penutup radiator. Pastikan anda lakukan pemeriksaan sebelum melakukan sebarang penggantian.

2. Air Radiator Berkurangan

Kerosakan pada penutup radiator akan menyebabkan air dalam radiator semakin berkurangan. Hal ini berlaku apabila suhu tekanan air meningkat dan menyebabkan ia melimpah keluar melalui penutup radiator. Pastikan anda periksa dahulu kebocoran dalam sistem penyejukan seperti hos, paip air, sambungan hos, radiator dan kebocoran pam air.

3. Kebocoran Hos

Hos getah adalah komponen yang menjadi laluan pengaliran air untuk bahan penyejuk mengalir ke radiator. Hos getah yang rosak, retak, longgar, bocor atau tersumbat akan menghalang aliran penyejuk dalam radiator sekaligus menyebabkan enjin kereta mengalami panas melampau dan juga menyebabkan kerosakan serius yang lain.

Periksa dahulu penutup radiator untuk melihat sama ada terdapat sebarang kerosakan dan gantikkan dengan segera untuk mengelakkan kerosakan lain. Selain itu, anda juga boleh gantikan dengan hos getah baharu jika terdapat sebarang masalah supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

4. Getah Penutup Radiator Longgar

Getah radiator yang longgar atau rosak akan menyebabkan titik didih air dalam radiator menurun. Apabila air mendidih, pengewapan akan berlaku pantas, wap air akan keluar di celah getah yang rosak dan hal ini akan mengakibatkan air berkurangan dalam radiator.

5. Kerosakan ‘Vacuum Spring’

Kerosakan pada vacuum spring akan menyebabkan air melimpah keluar melalui penutup radiator apabila suhu air meningkat. Hal ini berlaku kerana ‘spring’ menjadi lembut, tercabut atau patah dan tidak dapat menampung takat tekanan suhu air dalam radiator. Gantikan penutup radiator cap baharu untuk mengelakkan kerosakan lebih serius.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!