Kenali Jenis-Jenis Papan Tanda Jalan Raya

Papan tanda di jalan raya memainkan peranan penting dalam memberi panduan, amaran atau maklumat kepada pengguna jalan raya. Ketahui jenis-jenis papan tanda supaya anda lebih memahami arahan yang ingin disampaikan ketika memandu seperti berikut:

larangan

1. Papan Tanda Peraturan

Papan tanda peraturan digunakan untuk memberi maklumat mengenai undang-undang atau peraturan trafik kepada pengguna jalan raya. Terdapat dua jenis papan tanda peraturan yang boleh dilihat di jalan raya iaitu papan tanda larangan dan mandatori.

Papan tanda larangan berbentuk bulat dengan latar belakang putih atau biru, bingkai merah dan piktogram berwarna hitam. Manakala papan tanda jenis mandatori pula berbentuk bulat dengan latar belakang biru, piktogram berwarna putih kecuali papan tanda berhenti dan beri laluan yang mempunyai bentuk segi tiga.

Lampu_isyarat_2-removebg-preview

2. Papan Tanda Amaran

Papan tanda jenis amaran pula digunakan untuk memberi maklumat keadaan di hadapan atau bersebelahan dengan jalan raya dilalui yang boleh membahayakan pemandu. Ia biasanya terdapat di jalan raya dalam bentuk berlian dengan berwarna kuning dan hitam.

wikipedia

3. Papan Tanda Panduan

Papan tanda panduan yang juga dikenali sebagai ‘Guide Sign’ digunakan untuk memaparkan panduan arah atau jarak ke sesuatu destinasi, laluan, perkhidmatan awam, lokasi pelancongan dan maklumat lain yang berkaitan dengan jalan raya.

Papan tanda jenis ini berwarna biru, hijau, coklat, putih atau kuning. Ia juga terbahagi kepada lima kategori iaitu papan tanda destinasi, papan tanda tunjuk arah, papan tanda jarak, papan tanda maklumat dan nombor laluan.

Awas_kerja-kerja_pembinaan

4. Papan Tanda Sementara

Papan tanda sementara biasanya digunakan semasa pelaksanaan projek pembinaan atau penyenggaraan jalan raya. Ia berwarna jingga dan hitam yang diletakkan beberapa meter hadapan kerja penyenggaraan jalan agar pemandu kenderaan mengetahui keadaan jalan yang dilaluinya.

Signboard,_Muzium_Perang_-_Pantai_Cahaya_Bulan_-_Muzium_Islam_-_Istana_Balai_Besar_-_Masjid_Muhammadi_-_panoramio

5. Papan Tanda Maklumat

Papan tanda maklumat berfungsi untuk memberi maklumat tambahan kepada pengguna jalan raya seperti destinasi umum, kawasan tumpuan pelancong, premis berkaitan kerajaan, nama bandar atau kampung, bangunan kerajaan, nama sungai, mesej amaran, mesej peringatan dan estet perumahan utama.

Papan tanda jenis ini biasanya dikelaskan mengikut kategori tertentu bergantung pada fungsi. Manakala warna papan tanda maklumat juga berbeza seperti berwarna biru, putih, hitam, kuning, perang, hijau atau merah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!