Langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak awal tahun sehingga kini. Ibu bapa perlu lebih berwaspada dengan penyakit ini yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak. Berikut dikongsikan beberapa tanda dan cara pencegahan penyakit HFMD:

HFMD

Penyakit HFMD adalah daripada virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit HFMD berlaku melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Tanda-Tanda HFMD

• Sakit kepala
• Hilang selera makan
• Ulser di tekak dan mulut
• Demam
• Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin
• Muntah
• Cirit-birit

Langkah Pencegahan

1. Menjaga Kebersihan

Menjaga kebersihan diri sangat penting untuk mencegah jangkitan penyakit HFMD. Kanak-kanak perlu dididik untuk mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, sebelum makan dan selepas bermain.

Ibu bapa juga perlu menjaga kebersihan anak anda dengan mencuci tangan selepas menukar lampin dan selepas menyentuh dan merawat lepuh. Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga dinasihatkan agar menguruskan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.

2. Pantau Kesihatan Anak-Anak

Ibu bapa lebih mengenali atau mengetahui tentang kesihatan anak-anak anda. Olej itu, pastikan anda sentiasa memantau kesihatan mereka sama ada mereka mengalami demam, ulser di mulut dan tekak, terdapat ruam atau lain-lain simptom HFMD.

Elakkan menghantar anak anda ke taska, tadika atau sekolah sekiranya mereka tidak sihat atau mengalami gejala HFMD bagi mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit dalam kalangan kanak-kanak lain.

3. Elak Membawa Anak Ke Tempat Awam

Elakkan membawa anak anda ke tempat awam seperti pusat beli-belah, majlis kenduri, rumah terbuka dan lain-lain sekiranya mereka tidak sihat. Ia sangat penting untuk tidak berada di kawasan orang ramai kerana boleh merebakkan jangkitan.

4. Lakukan Saringan Awal

Pihak pengusaha taska, tadika, sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak disarankan untuk lebih berwaspada dengan melakukan saringan awal di pintu masuk. Hal ini penting dilakukan untuk memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak masuk dalam ruang kelas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!