Juadah Hari Raya Yang Dirindui

Sambutan Hari Raya tahun ini pastinya sangat berbeza dan lebih meriah setelah dua tahun tidak balik ke kampung. Ramai yang merindui suasana Hari Raya di kampung halaman bersama keluarga tersayang serta rindu ingin menikmati juadah raya. Disenaraikan antara juadah Hari Raya yang ramai rindui seperti berikut:

rasamalaysia.com
Sumber : rasamalaysia.com

1. Rendang

Hari Raya bagaikan tidak lengkap tanpa hidangan wajib iaitu rendang ayam atau lembu. Ia disediakan dengan memasak daging bersama santan, lada dan banyak rempah ratus sehingga kering di atas api yang perlahan. Cara masakan yang mengambil masa yang lama ini memberikannya aroma dan rasa yang lazat. Rendang sesuai dimakan dengan nasi putih, lemang, ketupat, pulut kuning, roti dan sebagainya.

travel kompas
Sumber : Travel Kompas

2. Ketupat

Ketupat menjadi santapan utama untuk dihidang ketika pagi Hari Raya di setiap rumah. Ia disediakan menggunakan beras yang kemudian diisi ke dalam daun kelapa muda atau daun palas yang dianyam. Juadah ini biasanya dinikmati dengan rendang atau kuah kacang.

Terdapat beberapa jenis ketupat seperti ketupat nasi, ketupat palas dan ketupat dakap. Ketupat yang paling popular pada Hari Raya adalah ketupat nasi dan ketupat palas.

Port Makan
Sumber : Port Makan

3. Nasi Hujan Panas

Nasi hujan panas sememangnya digemari ramai dan ia sangat popular dihidangkan ketika kenduri atau musim perayaan. Ia sangat mudah untuk dimasak dengan hanya menggunakan beras basmathi, minyak sapi, buah gajus, kismis dan pewarna makanan. Nasi hujan sesuai disajikan bersama Ayam Masak Kurma atau Ayam Merah. Memang lazat!

ResearchGate
Sumber : ResearchGate

4. Lemang

Lemang merupakan salah satu hidangan popular di pagi raya yang biasanya dinikmati bersama rendang. Ia adalah beras pulut yang dimasak bersama santan, garam dan daun pisang dalam buluh.

Lemang biasanya dimasak menggunakan dua kaedah iaitu kaedah tradisional atau moden. Kaedah tradisional untuk memasak lemang mengambil masa yang lama kerana proses membakar memerlukan teknik yang betul. Terdapat pelbagai jenis lemang yang boleh dinikmati seperti lemang tepung, pulut hitam, jagung, durian dan sebagainya.

Aneka Resepi Enak
Sumber : Aneka Resepi Enak

5. Lontong Kuah Lodeh

Lontong dan kuah lodeh selalunya dihidangkan pada pagi raya yang dimasak menggunakan nasi himpit, tempe, sayur-sayuran dan sebagainya. Kuah sayur lodeh mempunyai rasa sangat berlemak dan sedap sehingga mengamit kenangan masakan air tangan ibu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!