5 Bazar Ramadan Terkenal Di Lembah Klang

Bazar Ramadan telah beroperasi semula pada skala biasa selepas dua tahun terjejas akibat penularan COVID-19. Pada bulan puasa tahun ini bazar Ramadan telah kembali menjadi tumpuan ramai bagi membeli juadah berbuka untuk dinikmati bersama keluarga. Berikut disenaraikan antara lokasi bazar Ramadan yang wajib anda kunjungi di sekitar Lembah Klang:

1. Bazar Stadium Shah Alam

Kunjungi bazar Ramadan di Stadium Shah Alam untuk membeli pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa atau moreh. Ia merupakan salah satu bazar terbesar di Shah Alam yang mempunyai puluhan gerai untuk memilih juadah kegemaran anda.

Antara juadah terkenal serta menjadi rebutan pelanggan adalah Nasi Arab Cef Ammar Ali, Nasi Kukus, Pau Ayam Panggang, Nasi Itik Kak Lina, Murtabak Dunia, Buah Melaka, Ikan Bakar dan sebagainya. Jika anda teringin menjamu menu istimewa Cef Ammar, pastikan anda datang awal untuk mengelakkan beratur panjang.

2. Bazar Ramadan Bangi

Bangi mempunyai banyak bazar Ramadan namun bazar di Seksyen 7 dan 16 sentiasa menjadi pilihan utama pengunjung. Terdapat banyak gerai makanan di kedua-dua bazar ini yang menyediakan juadah berbuka sedap dan menarik. Walaupun mempunyai pelbagai jenis makanan, Nasi Kerabu, Ayam Golek dan Popia Basah kerap menjadi rebutan pengunjung.

3. Bazar Ramadan Jalan SS13, Subang Jaya

Penduduk kawasan Subang Jaya jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi bazar ramadan di Jalan SS13 yang kembali dengan banyak gerai selepas dua tahun.

Ramai mengunjungi bazar yang menempatkan deretan gerai yang menjual pelbagai jenis juadah seperti Murtabak Sado, Roti John, Ayam Percik, kuih-muih, jus segar, buah-buahan, pelbagai jenis minuman dan lain-lain. Selain itu, Nasi Kerabu di sini menjadi salah satu tarikan untuk penduduk di Subang Jaya. Memang sedap dan padu!

4. Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Kuala Lumpur

Bazar Ramadan yang paling popular dan terkenal adalah bazar di Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur. Ramai sanggup datang dari jauh untuk mengunjungi bazar ini kerana kualiti makanannya yang sedap dan setanding dengan harganya.

Antara makanan yang laris dijual adalah Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Padang, kuih-muih dan sebagainya. Pastikan anda datang awal untuk membeli makanan kerana terdapat ramai pengunjung pada waktu puncak dan untuk mengelakkan kesesakan.

5. Bazar Ramadan Kampung Baru

Bazar Ramadan Kampung Baru kembali hidup dengan banyak peniaga yang menjual makanan menyelerakan untuk berbuka. Ia menjadi tumpuan warga kota kali ini disebabkan pelbagai kedai makan sedap ada di sini.

Antara juadah yang menjadi rebutan pengunjung adalah bihun Singapura, Murtabak, Nasi Ayam Bakar, Roti Keju, Nasi Kukus, Pulut Mangga, Nasi Briyani dan sebagainya. Tidak terlepas juga Bubur Lambuk Kampung Baru yang enak dan terkenal!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!