5 Masalah Tayar Yang Menjejaskan Pemanduan

Tayar kereta yang bermasalah boleh menjejaskan pemanduan kenderaan kerana mengurangkan prestasi dan kecekapan kereta. Memandu dengan tayar rosak boleh menimbulkan risiko tinggi terutamanya kepada keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain. Ketahui antara masalah kerosakan tayar seperti berikut:

1. Terlebih Atau Terkurang Udara

Tayar yang tidak mempunyai udara yang mencukupi boleh menjejaskan fungsi tayar serta menjejaskan pemanduan lancar di jalan raya. Memandu dengan tayar yang kurang atau terlebih udara turut boleh mengurangkan jangka hayatnya sebanyak 25%.

Tayar yang kekurangan udara akan meningkatkan masalah ‘wear and tear’ manakala tekanan udara berlebihan akan menyebabkan tayar haus di bahagian tengah. Hal ini sangat bahaya kerana ia boleh mengundang risiko tayar meletup pada situasi tidak dijangka dan menyebabkan cengkaman tayar pada permukaan jalan semakin berkurangan.

2. Tayar Haus Tidak Rata

Walaupun tayar dijaga dengan baik dan mempunyai udara yang mencukupi, ia masih boleh mengalami kerosakan seperti tayar haus tidak rata terutamanya di bahagian tepi atau luarnya.

Sekiranya anda melihat tayar haus tidak rata, ia berkemungkinan tayar kereta mempunyai masalah dengan penjajarannya pada roda. Ia juga boleh dikaitkan dengan isu penggantungan yang tidak betul. Lakukan pemeriksaan penjajaran roda untuk mengelakkan kerosakan ini.

3. Tayar Tidak Sejajar

Tayar yang tidak sejajar akan menyebabkan ia lebih haus pada satu sisi daripada yang lain. Sebagai contoh, tayar yang tidak sejajar menghadap ke luar akan lebih haus pada bahu dalam daripada bahu luar dan sebaliknya.

Penjajaran tayar merupakan proses meluruskan semula kedudukan tayar agar selari dengan sudut roda stereng. Kedudukan tayar kereta yang tidak betul boleh mengakibatkan tayar makan dalam dan kehausan tayar berlaku secara tidak sekata. Dalam sesetengah keadaan, kerosakan bahagian tayar kereta ini juga boleh menyebabkan risiko kerosakan komponen-komponen lain pada kereta.

4. ‘Slow Puncture’

Pastikan anda sentiasa memeriksa tekanan udara tayar sebelum melakukan perjalanan ke sesuatu tempat. Ia sangat penting untuk memastikan tekanan udara dalam tayar mencukupi dan sama untuk semua tayar. Terdapat situasi di mana berlakunya ‘slow puncture’ akibat terkena bahan tajam seperti paku yang mengakibatkan tayar kekurangan udara tanpa disedari.

Bukan sekadar itu, ia juga mungkin berpunca daripada injap tayar yang rosak di mana ia mengeluarkan udara secara perlahan. Oleh itu, pemeriksaan secara kerap dapat mengelakkan berlakunya kerosakan tayar di tengah jalan.

5. Tayar Merekah

Prestasi tayar secara lazimnya akan merosot bergantung pada kekerapan penggunaan dan tabiat pemanduan. Tayar kereta biasanya akan merekah di bahagian tepi disebabkan oleh faktor persekitaran seperti cuaca dan faktor luaran lain seperti tekanan udara tayar kereta yang berlebihan atau tidak mencukupi. Jika anda mendapati terdapat rekahan pada bunga tayar dan dinding tayar, segera gantikan tayar kereta anda di pusat servis berdekatan untuk menjamin pemanduan yang selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!