Risiko Pengambilan Garam Berlebihan

Garam makanan yang juga dikenali sebagai Natrium Klorida memainkan peranan penting dalam sajian pemakanan kita sejak berkurun lamanya. Ia digunakan untuk mengawet makanan dan menjadikan sesetengah makanan lebih sedap. Namun, pernahkah anda terfikir jumlah kandungan garam yang terdapat dalam makanan harian anda? Mengambil garam lebih daripada keperluan boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Kenali risiko pengambilan garam berlebihan seperti berikut:

Sumber Lain Natrium

Kandungan garam harian yang sepatutnya diambil oleh seorang individu adalah kurang daripada 6 gram. Garam atau Natrium (Sodium) juga terdapat di dalam sumber lain seperti Sodium Nitrate, Sodium Bicarbonate, Monosodium Glutamate dan lain-lain. Kebanyakan jenis makanan mengandungi garam termasuk makanan pengawet. Misalnya:

• marjerin
• jeruk
• jeli
• mee kuning
• kicap
• jem
• cili boh
• minuman ringan
• roti
• burger
• makanan ringan

Bukan sekadar makanan di atas, terdapat banyak lagi jenis makanan lain yang mempunyai kandungan garam tersembunyi yang perlu sentiasa diawasi bagi menjaga kesihatan diri.

Kesan Pengambilan Garam Berlebihan

Walaupun garam adalah penting untuk metabolisma tubuh, pengambilan garam yang keterlaluan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, strok, kegagalan fungsi buah pinggang, osteoporosis, kanser, gangguan saraf dan sebagainya.

Tips Menyediakan Makanan Rendah Garam

Bagi anda yang ingin mengurangkan pengambilan garam, berikut disenaraikan tips untuk memilih dan menyediakan makanan rendah garam:

1. Kurangkan Penggunaan Garam

Tabiat makanan perlu diubah dari rumah. Pastikan anda mengurangkan penggunaan garam di rumah ketika memasak seperti penggunaan monosodium glutamat (MSG)-kicap, sos tiram, sos tomato, kiub perisa dan seumpamanya.

emmy-smith-LEjEst7lLfU-unsplash

2. Hadkan Kekerapan Mengambil Makanan Segera

Ramai dalam kalangan kita gemar mengambil makanan segera. Tahukah anda makanan segera mempunyai kandungan garam tersembunyi yang tinggi? Antara makanan segera yang mempunyai kandungan garam tinggi adalah kentang goreng, nugget, burger, piza, mee segera, sup segera, keropok lekor, keropok ikan dan sebagainya.

3. Kurangkan Kekerapan Makan Di Luar

Makanan di kedai kebiasaannya lebih masin kerana banyak menggunakan MSG dan pelbagai sos yang tinggi kandungan garam. Sekiranya anda merancang untuk makan di luar rumah, minta hidangan disediakan menggunakan kurang garam dan tanpa MSG.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!