Kenali Penyerap Hentakan Kereta

Penyerap hentakan atau lebih dikenali sebagai ‘shock absorber’ adalah salah satu komponen dalaman kenderaan yang memainkan peranan penting dalam sistem gantungan kereta. Ramai pengguna kenderaan tidak mengetahui fungsi komponen ini malah mengabaikan penjagaannya. Marilah kita sama-sama mengenali komponen ini untuk mengatasi masalah yang bakal dihadapi jika ia mengalami kerosakan.

Fungsi ‘Absorber’

‘Absorber’ mempunyai peranan penting dalam sistem suspensi iaitu memastikan tayar kenderaan sentiasa menyentuh permukaan jalan dan menyumbang kepada pemanduan yang lancar. Selain itu, penyerap hentakan juga meningkatkan tindak balas pengendalian stereng, mengoptimumkan prestasi brek dan mengawal pergerakan kenderaan daripada melantun.

1. Mengurangkan Pergerakan Badan Kenderaan

Tujuan utama penyerap hentak adalah untuk mengehadkan keseluruhan pergerakan badan kenderaan. Semasa kenderaan dipandu, badan kenderaan akan bergerak ke atas dan ke bawah atau sisi ke sisi ke pelbagai peringkat sebagai tindak balas kepada pemanduan dan keadaan jalan raya. Jenis pergerakan kenderaan ini dikawal oleh penyerap hentakan.

2. Mengurangkan Kehausan Tayar

Dengan membantu menstabilkan dan mengawal pergerakan tayar kenderaan, penyerap hentak membantu meminimumkan kehausan bunga tayar. Tayar yang dipegang kuat pada tanah dan dipegang pada kedudukannya oleh penyerap hentak yang kukuh tahan lebih lama dan mengalami kehausan bunga yang lebih sedikit.

spanco

Jenis-Jenis ‘Absorber’ Kereta

Terdapat dua jenis ‘absorber’ kereta yang biasa digunakan iaitu penyerap hentakan minyak dan gas. ‘Absorber’ jenis minyak digunakan kerana ia menawarkan kawalan dan pengendalian yang lebih baik untuk prestasi perjalanan yang lebih selesa. Ia juga sangat sesuai digunakan untuk permukaan jalan yang rata serta mengandungi cecair hidraulik.

Bagi ‘absorber’ jenis gas pula ia mengandungi gas nitrogen yang bertekanan rendah. Kegunaan gas ini dapat meningkatkan suhu bendalir hidraulik. Selain itu,ia juga digunakan untuk mengekalkan kadar hentakan injap di mana ia sesuai untuk penggunaan kenderaan muatan berat. Hal ini kerana ia lebih tahan lasak dan berupaya memberikan kawalan stereng yang lebih baik pada kelajuan tinggi.

Jangka Hayat

Kegagalan absorber berfungsi dengan baik boleh menyebabkan ketidakselesaan sepanjang pemanduan. Malah, dalam kes tertentu, ia juga boleh menjejaskan prestasi dan menyebabkan kenderaan sukar dikawal dan melantun-lantun terutamanya apabila melalui permukaan jalan raya yang berbonggol dan tidak rata.

Secara amnya, jangka hayat ‘absorber’ kereta atau persoalan ‘’bila perlu tukar ‘absorber’ kereta’’ bergantung pada beberapa faktor antaranya ialah jarak perjalanan, cara pemanduan, keadaan jalan, tempoh masa penggunaan dan lain-lain lagi. Anda disarankan untuk menukar ‘absorber’ kereta setiap lima (5) tahun atau setelah bacaan perbatuan mencapai 80,000 hingga 100,000 km bergantung pada situasi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!