Berhati-Hati Dengan ‘Scam’ Dalam Talian

‘SCAM’ dalam talian semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Terdapat pelbagai jenis kes penipuan dalam talian yang dilaporkan setiap hari, antaranya ialah ‘Macau Scam’, penipuan pinjaman, pelaburan, Love ‘scam’, khidmat pesanan ringkas (SMS), pelaburan hartanah, kad kredit, penyamaran, perniagaan serta pinjaman tidak wujud dan seumpamanya. Mengapakah kes-kes sebegini sentiasa meningkat? Adakah masyarakat kita tidak mengendahkan laporan-laporan berita yang dipaparkan?

Ramai mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan cepat kaya atau pembelian barang dengan harga murah tanpa mengkaji latar belakang syarikat dan penjual. Inilah menjadi salah satu punca seseorang mudah ditipu. Bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku kepada anda pada masa hadapan, orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan tips berikut bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian:

1. Sentiasa Berhati-Hati

Memandangkan terdapat banyak ‘scammer’ dalam talian yang boleh menipu orang ramai dengan mudah, anda perlu sentiasa berhati-hati ketika membeli barang atau membuat urusan dengan orang tidak dikenali. Sentiasa pastikan anda melakukan pemeriksaan latar belakang mereka sebelum bertindak.

2. Jangan Menjawab Telefon Nombor Tidak Dikenali

Salah satu teknik yang digunakan ‘scammer’ menggunakan untuk mencari mangsanya adalah menerusi panggilan. Oleh itu, jangan sesekali menjawab telefon daripada nombor yang tidak dikenali terutamanya nombor luar negara. Hal ini kerana panggilan telefon dari luar negara yang mengajak anda untuk membeli sesuatu ataupun mengatakan bahawa anda telah memenangi suatu pertandingan adalah helah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

Selain itu, ‘scammer’ jenis ini juga boleh mengakses maklumat peribadi ketika anda menjawab panggilan tersebut. Sebaiknya, anda dapatkan maklumat pemanggil sebelum menjawab telefon tersebut. Anda boleh gunakan aplikasi ‘Truecaller’ untuk mengetahui orang yang memanggil anda sebelum menjawab telefon tersebut. Ia merupakan langkah keselamatan untuk mencegah daripada ditipu.

3. Jangan Kongsikan Informasi Peribadi

Informasi peribadi seperti alamat rumah, nombor akaun bank, nombor kad pengenalan dan lain-lain adalah informasi sulit yang tidak perlu dikongsikan sembarangan.

Seharusnya anda perlu lebih berhati-hati dengan tidak memberi maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali. Ia penting bagi mengelakkan kita daripada menjadi mangsa kegiatan sindiket penipuan ini.

4. Menyemak Maklumat Organisasi

Sekiranya anda dihubungi oleh orang tidak dikenali pastikan anda menyemak maklumat organisasinya untuk mendapatkan kesahihan maklumat diberi.

Teknologi kini semua di hujung jari sahaja. Terdapat banyak laman sesawang yang boleh untuk diakses bagi mengenalpasti ‘scammer’. Sebagai contoh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), scam.my dan Truecaller.

5. Elakkan Daripada Terpedaya

Ramai kini mudah terpedaya dengan kandungan laman web, blog atau e-mel yang bersifat mempengaruhi individu untuk menyertai peraduan atau skim-skim yang memberi langkah pintas untuk membuat keuntungan.

Elakkan daripada terus mempercayai kandungan sebegitu yang disebarkan oleh orang yang tidak dikenali melalui e-mel, panggilan, blog atau mana-mana rangkaian lain. Sebelum bertindak untuk menyertai sebarang peraduan atau skim, sentiasa pastikan anda semak atau rujuk kepada mana-mana sumber yang sahih.

6. Laporkan Kepada Pihak Berkuasa

Pengguna internet yang menjadi mangsa jenayah siber seringkali tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana perasaan takut atau malu. Seandainya anda telah ditipu atau di ‘scam’ oleh sesiapa, segera laporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa agar mereka dapat membantu anda.

Selain itu, pastikan anda membuat laporan sekiranya terdapat kebocoran maklumat, kehilangan sebarang aset digital atau sebagainya kepada pihak berkuasa atau pihak bahagian teknologi maklumat di tempat kerja anda untuk melakukan siasatan selanjutnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!