Kegunaan Gear Rendah Dalam Kereta Transmisi Automatik

Hampir semua kereta kini menggunakan transmisi automatik bagi memudahkan pemanduan. Walau bagaimanapun masih ramai pengguna kenderaan tidak mengetahui atau memahami kegunaan gear dalam kenderaan transmisi automatik terutamanya gear rendah.

Gear rendah yang juga dikenali sebagai gear pertama dalam sistem transmisi automatik berfungsi untuk memperlahankan enjin dengan menghasilkan tork lebih tinggi. Penggunaan gear rendah akan menyebabkan prestasi kereta meningkat dengan memaksimumkan kecekapan penggunaan minyak dan meningkatkan kuasa enjin. Berikut disenaraikan beberapa situasi yang sesuai bagi anda yang memandu kenderaan trasmisi automatik untuk menggunakan gear rendah:

1. Menunda Kereta (Towing)

Penggunaan kenderaan dalam gear rendah mampu menghasilkan lebih banyak kuasa enjin dan memudahkan kenderaan menarik beban berat. Kereta automatik akan beralih gear mengikut halaju dan putaran enjin (RPM) yang akan mengganggu enjin jika kenderaan membawa sesuatu beban atau ketika menunda.

Pastikan anda menyemak buku manual kereta untuk melihat had laju kenderaan bagi gear rendah agar tidak melebihi had tersebut ketika membawa beban atau menunda. Hal ini penting untuk memastikan tork konsisten dan ia tidak membebankan enjin. Anda juga dapat merasakan daya kelajuan yang terhasil dan boleh menukar kepada gear pandu biasa (D) jika kenderaan anda mendapat momentum halaju diperlukan.

2. Menuruni Jalan Curam

Menggunakan brek secara berterusan untuk memperlahankan kereta ketika menuruni jalan atau bukit yang curam boleh mengakibatkan brek mengalami kepanasan melampau sehingga menyebabkan kepada masalah kegagalan brek.

Bagi mengelakkan situasi ini, anda boleh menggunakan gear rendah untuk mengalihkan tekanan tinggi daripada brek. Dengan berbuat demikian, sistem brek tidak akan mudah gagal dan memudahkan anda mengawal halaju kereta ketika memandu menuruni jalan curam.

3. Mendaki Bukit Curam

Gunakan gear rendah pada mod 1 atau 2 ketika anda memandu di kawasan bukit yang curam supaya menambahkan kuasa kereta ketika mendaki bukit. Ia juga secara tidak langsung dapat memanjangkan jangka hayat transmisi kereta anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!