5 Jenis Teh Herba Bagi Mengatasi Insomnia

Insomnia adalah masalah gangguan tidur yang dialami oleh seseorang apabila mengalami gejala sukar untuk tidur atau menyebabkan anda bangun terlalu awal dan tidak dapat tidur semula. Seseorang yang mengalami insomnia mungkin masih berasa letih apabila anda bangun kerana ia boleh melemahkan tahap tenaga, menjejaskan kesihatan, prestasi kerja dan kualiti hidup anda.

Tahap tidur yang berkualiti sangat penting untuk kesihatan mental dan tubuh seseorang individu. Ramai dalam kalangan kita sering terkesan dengan masalah ini yang bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur, malah menjejaskan kualiti hidup. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh cuba meningkatkan kualiti tidur dengan meminimumkan penglihatan cahaya sebelum tidur atau meminum teh herba yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang.

Disenaraikan beberapa teh herba yang mampu membantu anda meningkatkan kualiti tidur seperti berikut:

1. Teh Bunga Chamomile

Teh bunga chamomile adalah minuman popular yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Ia mengandungi banyak vitamin dan mineral termasuklah potassium, magnesium, kalsium, sodium, thiamin, riboflavin dan vitamin A.

Secawan teh chamomile panas mampu memperbaiki kualiti tidur dan membantu anda bangun dalam keadaan lebih segar. Hal ini kerana ia mengandungi ‘apigenin’, antioksidan yang menggalakkan rasa mengantuk dan mengurangkan insomnia, atau ketidakupayaan untuk tidur yang kronik.

Bukan sekadar membantu meningkatkan kualiti tidur, ia juga mengurangkan gejala kemurungan, migrain, merangsang sistem imun, mencegah kerosakan saraf dan ginjal, kanser dan sebagainya.

2. Teh Balsem Lemon

Balsem Lemon atau dikenali sebagai ‘Melissa officinalis’ adalah sejenis herba dalam keluarga pudina. Teh balsem lemon secara tradisinya digunakan untuk meningkatkan mood dan fungsi kognitif.

Ia juga terkenal untuk merawat masalah pencernaan seperti gas dan kembung perut. Selain itu, bagi sesiapa yang mengalami gangguan tidur secara ketara, anda boleh cuba minum teh herba ini kerana ia mengandungi asid rosmarinic (sebatian kimia dengan sifat antioksidan) yang mengurangkan tekanan serta memperbaiki kualiti tidur.

3. Teh Akar Valerian

Valerian atau ‘Valeriana officinalis’ adalah sejenis tanaman herba yang berasal dari benua Eropah dan Asia. Bahagian akar valerian dikenal dengan khasiatnya untuk merangsang dan memperbaiki kualiti tidur. Hal ini kerana ia mengandungi beberapa sebatian yang boleh membantu menggalakkan ketenangan dengan meningkatkan ketersediaan asid gamma aminobutyric (GABA) dalam badan dan berinteraksi dengan reseptor tertentu yang terlibat dalam menenangkan minda dan membantu seseorang mempunyai kualiti tidur yang baik.

4. Teh Bunga Passion

Teh bunga passion boleh membantu mengurangkan kegelisahan dan kebimbangan anda kerana ia telah terbukti secara saintifiknya. Teh ini akan meningkatkan tahap bahan kimia dalam otak iaitu asid gamma aminobutyric (GABA) yang secara langsung merendahkan aktiviti sel otak sehingga memberi ketenangan. Ia juga mampu menenangkan sistem saraf agar membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.

5. Teh Bunga Lavender

Bunga lavender telah lama digunakan sebagai teh herba yang dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Hal ini kerana lavender mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, vitamin, zat besi dan sebagainya yang diperlukan oleh tubuh.

Teh lavender ini dapat membantu meningkatkan kualiti tidur seseorang kerana ia memiliki kesan aroma terapi yang mampu menenangkan perasaan sehingga dapat membantu untuk tidur lebih nyenyak serta melancarkan sistem pernafasan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!