Panduan Membersihkan Rumah Pasca Banjir

Proses pemulihan dan membersihkan rumah selepas banjir pastinya bukan mudah. Ia merupakan satu proses rumit yang memakan masa yang lama serta memerlukan tenaga kerja ramai untuk mengembalikan keadaan rumah seperti sedia asal. Bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan memastikan keselamatan diutamakan, berikut disenaraikan beberapa tips yang perlu diamalkan:

1. Pastikan Keadaan Selamat

Keselamatan adalah perkara paling penting dan perlu menjadi keutamaan apabila kembali ke rumah setelah air surut untuk melakukan pembersihan. Pastikan keadaan rumah selamat sebelum masuk ke dalam rumah seperti memeriksa kerosakan struktur, kabel elektrik dan sebagainya.

2. Tutup Suis Utama Elektrik

Pastikan anda menutup suis utama di papan agihan selepas air banjir surut dan sebelum anda membersihkan peralatan elektrik atau pendawaian di rumah. Hal ini sangat penting untuk mengelakkan renjatan elektrik semasa kerja pembersihan atau apabila pihak utiliti menyambung semula bekalan.

s
Sumber: Harian Metro

3. Sediakan Peralatan Pembersihan

Penyediaan peralatan pembersihan sangat penting sebelum melakukan kerja pembaikan. Pastikan anda mempunyai senarai semakan barang yang diperlukan untuk melakukan pembersihan rumah. Antara peralatan pembersihan yang diperlukan adalah ‘water jet’, sarung tangan getah, baldi, plastik sampah, berus, tuala, pencuci, tong sampah, penyapu, penyodok air, kasut getah, pasir kucing, pewangi dan lain-lain untuk memudahkan proses pembersihan rumah anda.

4. Buka Pintu dan Tingkap

Air banjir yang kotor dan surut akan meninggalkan lumpur yang berbau. Pastikan anda membuka semua pintu dan tingkap dalam rumah bagi membolehkan aliran udara masuk ke dalam kediaman menggantikan udara lembap yang terperangkap sebelum ini. Ia juga memudahkan proses pengeringan lantai dan dinding dengan cepat.

5. Buang Barang Yang Sudah Rosak

Banjir yang teruk menyebabkan banyak perabot rosak dan reput. Ia akan menghasilkan kulat dan lumut pada barang yang sudah ditenggelami air. Oleh itu, pastikan anda buang barang-barang yang sudah rosak seperti tilam, bantal, selimut, makanan yang tercemar dan lain-lain barangan ke dalam tong sampah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!