Waspada Ketika Memandu Waktu Malam

Statistik kemalangan maut di negara kita semakin hari semakin meningkat. Sikap cuai pemandu adalah antara penyebab utama nahas berlaku termasuk kemalangan pada waktu malam. Bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, disenaraikan beberapa tip berguna ketika memandu pada waktu malam yang perlu diamalkan oleh setiap pengguna jalan raya seperti berikut:

1. Jangan Memandu Dalam Keadaan Mengantuk

Tahukah anda memandu dalam keadaan mengantuk adalah sangat bahaya ibarat memandu ketika mabuk? Seseorang yang mengantuk perlu elakkan memandu kenderaan kerana ia boleh mewujudkan keadaan ‘microsleep’.

Keadaan ‘microsleep’ berlaku tanpa sengaja di mana seseorang pemandu boleh terlelap dalam tempoh masa 2 hingga 30 saat yang boleh menyebabkan kemalangan hingga meragut nyawa. Oleh itu, jangan sesekali memandu dalam keadaan mengantuk agar dapat menjaga keselamatan diri dan penumpang dalam kenderaan di jalan raya.

2. Periksa ‘Headlamp’

Lampu hadapan atau ‘headlamp’ dilengkapi dengan dua fungsi iaitu lampu malap dan lampu suluh. Fungsi lampu ini adalah untuk memberikan kejelasan penglihatan kepada kenderaan hadapan dan memastikan bahawa ada kenderaan lain di hadapan sedang bergerak pada waktu malam.

Pastikan ‘headlamp’ berada dalam keadaan baik agar ia berfungsi dengan betul ketika memandu pada waktu malam.

3. Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Sebagai pemandu berhemah anda perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling khususnya terhadap pergerakan kenderaan lain pada waktu malam. Terdapat segelintir pemandu yang memandu secara agresif sehingga mengakibatkan kemalangan. Pastikan anda mengambil sedikit masa untuk melihat pergerakan kenderaan lain terutamanya di laluan yang gelap bagi mengelakkan situasi tidak diingini berlaku.

4. Gunakan Lampu Suluh Tinggi Secara Berhemah

Lampu suluh tinggi biasanya digunakan pada waktu malam atau ketika hujan untuk penglihatan yang lebih jelas apabila tiada kenderaan dihadapan sama ada dari arah bertentangan atau haluan sama.

Elakkan penggunaan lampu suluh tinggi atau dikenali sebagai ‘high beam’ secara sembarangan kerana ia boleh mewujudkan situasi silau atau buta seketika apabila kenderaan hadapan anda melihat melalui cermin pandang belakang. Hal ini boleh menjejaskan penglihatan pemandu sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.

5. Elak Memandu Bersendirian

Memandu seorang diri pada waktu malam boleh membuatkan kita berasa sunyi. Keadaan ini juga boleh meningkatkan potensi untuk berasa mengantuk ketika memandu kereta. Bagi mengelakkan keadaan tidak terduga anda digalakkan untuk memandu bersama seseorang agar dapat menemani anda untuk berbual dan memastikan pemandu sentiasa berada dalam keadaan terjaga.

6. Pasang Radio Atau Lagu

Perjalanan jauh terutamanya pada waktu malam boleh menyebabkan pemandu berasa sunyi khususnya apabila memandu sendirian. Elakkan memandu dalam keadaan sunyi kerana ia boleh mendatangkan rasa mengantuk.

Oleh itu, pastikan anda meriuhkan keadaan di dalam kereta dengan memasang radio atau lagu kegemaran anda pada kadar ‘volume’ yang bersesuaian.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!