Lokasi Sate Terlajak Sedap!

Sate merupakan salah satu makanan tradisi yang popular di Malaysia. Selalunya anda boleh menikmati juadah lazat ini di kebanyakan kedai makan, namun terdapat beberapa lokasi popular yang menghidangkan sate istimewa di sekitar Lembah Klang. Disenaraikan beberapa lokasi sate tersebut yang boleh anda kunjungi:

1. Satay Sri Melaka

sate sri melaka fb 2
Sumber: Facebook Satay Sri Melaka

Satay Sri Melaka yang terletak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur merupakan antara kedai sate yang menjadi buruan ramai penggemar. Ia adalah gerai sate yang sangat popular sehingga ramai sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati sate lazat ini.

Daging dan ayam bersaiz besar dan lembut boleh didapati pada harga yang berpatutan. Sate dibakar menggunakan arang ini lagi enak dimakan bersama kuah kacang yang pedas manis resipi asli pemilik kedai. Pastikan anda datang awal jika ingin menikmati sate di sini kerana gerai ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung!

2. Satay Station Shah Alam

satay station fb 2
Sumber: Facebook Satay Station Shah Alam

Penduduk Shah Alam yang ingin menikmati sate enak dan lazat boleh mengunjungi Satay Station yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia merupakan antara lokasi sate yang cukup terkenal sekitar kawasan ini.

Pilihan menu sate yang pelbagai serta kualiti daging yang terjamin merupakan antara keistimewaan utama restoran ini. Kuah kacangnya juga tidak kurang hebatnya. Ia mempunyai rasa pedas dan manis yang seimbang.

satay station fb 3
Sumber: Facebook Satay Station Shah Alam

Selain sate terdapat juga menu makanan lain yang boleh dinikmati seperti nasi lemak, mee rebus dan lain-lain lagi sememangnya memenuhi citarasa mereka yang gemarkan hidangan tempatan.

3. Satay Bakar Putrajaya

satay bakar putrajaya.business.site
Sumber: sataybakarputrajaya.business.site

Teringin makan sate bakar sedap di sekitar Putrajaya? Jangan risau kerana Satay Bakar yang terletak di Laman Lapan, Putrajaya adalah lokasi sesuai untuk anda menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sate yang ‘juicy’ dagingnya ini memang enak apabila dinikmati bersama kuah kacangnya yang secukup rasa dihidangkan bersama timun dan nasi impit. Antara sate yang boleh didapati di gerai ini adalah sate ayam, daging dan kambing.

4. Zaini Satay

zaini
Sumber: Instagram @my.food.hunter

Zaini Satay yang terletak di Jalan Kolam Air Lama, Ampang merupakan restoran sate popular di kawasan Ampang. Keenakan sate mereka sangat terkenal sehingga terdapat beberapa cawangan dibuka sekitar Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi.

Keistimewaan utama Zaini Satay terletak pada penggunaan daging yang segar dan berkualiti tinggi. Sate ayam, sate daging dan sate kambing di sini merupakan antara menu terhangat, rugi jika anda tak cuba!

5. Malai Thai Cuisine

Malai-Thai-Cuisine-Fraser-Place theyumlist
Sumber: The Yum List

Malai Thai Cuisine yang terletak di Jalan Perak, Kuala Lumpur bukan sahaja menyediakan makanan Thai yang lazat malah ia terkenal dengan keenakan satenya. Thai Chicken Satay atau dikenali sebagai ‘Gai Satay’ di restoran ini merupakan hidangan paling popular dan laris kerana uniknya dimasak mengikut resipi Thailand.

Chicken-Satay-Malai-Thai-Fraser-Place theyumlist.net
Sumber: The Yum List

Sebelum dibakar, sate di sini diperap dengan rempah yang diimport dari Thailand bagi memberi kelainan rasa berbanding sate biasa di tempat-tempat lain. Ia kemudian dihidangkan bersama kuah kacang, cili, bawang dan timun di atas daun pisang. Jangan lupa mencuba ‘Gai Satay’ jika anda kunjungi restoran ini!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!