Diabetes Penyakit Pembunuh Senyap

Kencing manis (Diabetes Mellitus) ialah sejenis penyakit kronik di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan sekali gus mengakibatkan paras gula dalam darah melebihi paras normal.

Insulin merupakan sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah dengan membenarkan gula masuk ke dalam sel-sel badan. Sekiranya insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan, paras glukosa dalam darah akan meningkat.

Tiada batas yang boleh menghalang penyakit kencing manis daripada dihidapi oleh seseorang termasuk kanak-kanak. Orang ramai perlu sedar dan mendidik diri dengan pengetahuan mengenai penyakit ini yang menjadi penyakit pembunuh utama di negara kita.

Jenis Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I

Diabetes Mellitus jenis I biasanya berlaku dalam akibat kegagalan organ pankreas untuk menghasilkan insulin. Ia bagaimanapun hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Penyakit kencing manis jenis ini boleh mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang pernah menghidapinya.

2. Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

Diabetes Mellitus jenis II selalu berlaku dalam kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas. Ia berlaku disebabkan oleh peningkatan rintangan insulin yang menyebabkan wujudnya kekurangan insulin berkesan yang relatif dalam badan. Penyakit ini turut menyerang individu yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun, ia boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman serta bantuan ubat-ubatan dalam bentuk pil atau digabungkan dengan rawatan insulin.

pexels-nataliya-vaitkevich-6941879

Punca Risiko Kencing Manis

•Berat badan berlebihan atau obesiti.
•Kurang melakukan aktiviti kecergasan fizikal atau senaman.
•Faktor keturunan.
•Peningkatan umur.
•Gaya pemakanan.

Kesan Jangka Panjang Kencing Manis

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan lebih serius. Antara kesan penyakit ini termasuk kegagalan fungsi buah pinggang, serangan jantung, penglihatan mata semakin merosot, angin ahmar, kerosakan saraf, luka kaki yang tidak dapat sembuh dan lain-lain.

Kaedah pencegahan terbaik adalah dengan menyasarkan berat badan unggul, mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dengan melebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin, makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit serta selalu melakukan senaman.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!