Langkah Yang Perlu Dilakukan Semasa Lampu Isyarat Tidak Berfungsi

Lampu isyarat di jalan raya berfungsi untuk memastikan aliran trafik bergerak lancar dan selamat termasuk melindungi pejalan kaki apabila mereka melintas jalan. Ia biasanya terdapat di persimpangan jalan, lintasan pejalan kaki atau lokasi-lokasi lain untuk menyediakan laluan yang tersusun dan teratur di jalan raya.

Terdapat beberapa situasi yang tidak diingini boleh berlaku di mana lampu isyarat mungkin mengalami kerosakan dan tidak berfungsi dengan betul. Pada situasi sebegini, pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak panik dan mengikuti langkah keselamatan berikut:

1. Memperlahankan Kenderaan

Langkah paling utama yang perlu dilakukan oleh pemandu adalah memperlahankan kenderaan apabila anda mendapati lampu isyarat di hadapan tidak berfungsi. Jangan sesekali memecut atau memandu dengan laju dalam situasi tersebut.

2. Memberi Keutamaan Kepada Kenderaan Lain

Apabila lampu isyarat rosak anda perlu sentiasa memberi keutamaan laluan kepada kenderaan yang datang dari arah kanan. Pastikan anda menunggu dengan sabar dan biarkan kenderaan dari arah kanan melepasi persimpangan demi mengelakkan berlakunya kemalangan.

3. Teruskan Pemanduan

Teruskan memandu sekiranya tiada kenderaan datang dari arah kanan dan apabila anda mendapati keadaan selamat untuk meneruskan perjalanan semula.

Peraturan Untuk Memberi Laluan

Berdasarkan perkongsian menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), berikut disenaraikan beberapa peraturan untuk memberi laluan apabila berada di laluan sesak atau tidak dikawal:

  • Memberi Laluan Di Persimpangan Yang Tidak Dikawal

Pengguna jalan raya mestilah memberi laluan kepada kenderaan di sebelah kanan anda di persimpangan yang tidak dikawal.

  • Memberi Laluan Di Simpang Tiga

Jika anda memandu di jalan yang hujungnya terdapat simpang tiga, anda mestilah memberi laluan kepada semua kenderaan lain (kecuali yang membuat pusingan U) dari arah jalan yang lurus di persimpangan.

  • Memberi Laluan Semasa Membelok

Semasa membelok ke kanan di persimpangan yang tidak dikawal (tanpa lorong membelok), anda mestilah memberi laluan kepada kenderaan yang datang dari arah berlawanan, kenderaan yang memandu lurus melalui persimpangan dan membelok ke kiri di persimpangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!