Tip Keselamatan Menukar Tayar Kenderaan Semasa Di Jalan Raya

Menukar tayar yang pancit di tepi jalan boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak dilakukan dengan betul dan berhati-hati. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang berhemah anda perlu mengikuti beberapa tip keselamatan semasa menukar tayar yang bocor atau pancit seperti berikut:

1. Memperlahankan Kenderaan

Pastikan anda memperlahankan kenderaan dengan berhati-hati sekiranya tayar kereta pancit, rosak atau bocor semasa memandu. Elakkan menekan brek secara mengejut pada situasi ini kerana ia boleh mengundang bahaya pada kenderaan sendiri dan kenderaan lain yang berada di belakang anda.

2. Beri Isyarat Haluan Pergerakan

Berikan lampu isyarat ke kiri untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan yang berhampiran. Lampu isyarat sangat penting apabila anda menukar arah sebagai langkah memberi isyarat pergerakan kenderaan anda kepada pemandu lain.

3. Jangan Berhenti Di Tengah Jalan

Jangan sesekali memberhentikan kenderaan anda di tengah jalan atau di lorong kanan jalan kecuali jika kenderaan anda tidak boleh digerakkan sama sekali. Hal ini kerana pengguna lain jalan raya yang memandu secara laju mungkin tidak dapat mengawal kenderaan sekiranya kereta anda berhenti di tengah jalan. Ia akan menyebabkan berlakunya kemalangan yang boleh mendatangkan kecelakaan.

4. Nyalakan Lampu Kecemasan

Pastikan anda menyalakan lampu kecemasan (hazard) sebagai tanda amaran bagi pemandu lain di belakang supaya mereka dapat menyedari dan melihat dengan jelas kenderaan anda.

5. Memastikan Keselamatan Penumpang

Perkara paling utama bagi menjaga keselamatan penumpang dalam kenderaan adalah memastikan mereka keluar daripada kereta dan berada di tempat yang lebih selamat. Jangan sesekali membenarkan mereka menunggu di dalam kenderaan bagi mengelakkan berlakunya situasi yang tidak diingini.

6. Letakkan Tanda Amaran

Letakkan tanda amaran segi tiga ataupun kon keselamatan jalan raya pada jarak lebih kurang 10 meter daripada belakang kenderaan anda supaya pengguna jalan raya yang lain lebih berwaspada dan menyedari kenderaan anda berada di laluan kecemasan.

7. Segera Hubungi Mekanik atau Bengkel Berdekatan

Sekiranya lokasi kenderaan berada terlalu hampir dengan laluan kenderaan lain atau laluan berisiko tinggi seperti lebuh raya yang sibuk, hubungi mekanik atau pengendali lebuh raya untuk bantuan menukar tayar kenderaan. Jika anda sedang memandu kenderaan SPANCO, anda perlu terus menghubungi talian kecemasan SPANCO yang beroperasi 24 jam di talian 1800-88-6999 atau melaporkan menerusi aplikasi SPANCO pada telefon pintar anda.

8. Pastikan Jarak dan keadaan sekitar Selamat

Sebelum menukar tayar, pastikan keadaan sekitar adalah selamat dan tidak membahayakan diri anda dan pengguna jalan raya yang lain. Pada masa yang sama, anda perlu memastikan jarak anda dengan jalan raya adalah benar-benar selamat bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan yang tidak diingini.

9. Simpan Semula Peralatan Di Tempat Yang Betul

Simpan segala peralatan yang telah digunakan untuk menukar tayar di ruang yang betul dalam kenderaan sebelum anda memulakan semula perjalanan. Pastikan anda tidak tercicir sebarang peralatan kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!