Ketahui Perbezaan Endemik, Epidemik Dan Pandemik

Perkataan endemik, epidemik dan pandemik tular dalam kalangan masyarakat ketika ini. Ramai masih tidak memahami makna di sebalik tiga terma tersebut. Oleh itu, disenaraikan maksud sebenar bagi perkataan ini agar anda dapat memahaminya dengan mudah:

Endemik

Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu. Ia adalah kejadian penyakit yang sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat termasuk penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Penyakit ini dijangka akan sentiasa mempunyai kes tetapi pada kadar yang stabil serta rendah. Misalnya penyakit malaria dan denggi adalah antara endemik yang mengancam dunia.

Epidemik

Epidemik adalah penyakit berjangkit yang mudah merebak dalam kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Ia juga membawa maksud wabak yang menyerang sebilangan besar orang dalam komuniti, populasi atau wilayah.
Kebiasaanya perkataan seperti kluster dan wabak sentiasa dikaitkan dengan terma epidemik di mana kluster ialah kumpulan kes yang banyak berhubung kait dari segi tempat, masa dan orang.

Wabak pula adalah takrifan sama dengan epidemik tetapi berlaku pada skala yang lebih kecil iaitu melibatkan tempat atau kumpulan orang yang tertentu.

Epidemik berlaku pada skala yang lebih besar, penyakit merebak dengan lebih cepat dan melibatkan lebih banyak kawasan berbanding kejadian wabak. Misalnya wabak demam kepialu, wabak kolera, wabak measles, wabak polio di Sabah (2019).

Muslim Mum and Son wearing masks at a hospital, looking at their

Pandemik

Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Ia adalah kejadian penyakit dengan bilangan kes melebihi kadar biasa yang berlaku di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia dan melibatkan populasi yang lebih besar. Misalnya pandemik Plague (kurun ke-14), influenza – Spanish Flu (1918 – 1919), influenza H1N1 (2009) dan sebagainya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO

21 November 2023 – Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023 anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah diadakan di...

Jemputan Taklimat Kenderaan dan Motosikal Electric Vehicle (EV)

16 November 2023 – Pihak SPANCO telah menerima jemputan daripada Mesyuarat Pegawai Pengangkutan (PT) dan Ketua Cawangan (KC) Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi...

Tanda Kerosakan Pengesan Laju Kenderaan

Pengesan laju yang juga dikenali sebagai ‘speed sensor’ adalah satu komponen dalam kenderaan yang digunakan untuk mengesan kelajuan kereta. Ia juga memainkan peranan penting...

Keindahan Hujan: 6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan

Musim hujan membawa keindahan dan keceriaan tersendiri, terutama di Malaysia yang diberkati dengan cuaca hujan sepanjang tahun. Walaupun rancangan kita terganggu akibat hujan berterusan,...

Majlis Penyerahan Kereta Proton X70 Kepada Jabatan Pendaftaran Negara

02 November 2023 – Baru-baru ini, satu majlis penyerahan kereta model Proton X70 1.5 STD telah diadakan diantara pihak SPANCO dan Jabatan Pendaftaran Negara...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!