Kepentingan Menjaga Cermin Hadapan Kereta

Cermin hadapan kereta merupakan komponen yang perlu dijaga dengan baik demi menjamin penglihatan dan memastikan keselamatan pemanduan. Penglihatan pemandu boleh terjejas jika permukaan cermin kereta tidak dibersihkan atau dijaga dengan betul. Oleh itu, ketahui kepentingan menjaga komponen ini seperti berikut:

1. Tahap Penglihatan Baik

Menjaga cermin hadapan kenderaan dengan bersih di bahagian dalam dan luar akan mengurangkan tahap kesilauan dan memastikan anda dapat melihat jalan raya dengan jelas ketika memandu.

2. Melindungi Cermin

Kotoran daripada persekitaran luar seperti pasir halus dan debu boleh menjejaskan permukaan cermin hadapan. Selain itu, batu-batuan kecil yang terkena semasa memandu di jalan raya juga boleh meninggalkan kesan retak pada permukaan cermin serta membawa kesan yang lebih bahaya jika dibiarkan begitu sahaja.

Oleh itu, lakukan pembersihan berkala terhadap cermin hadapan untuk melindunginya dan pastikan ia sentiasa bersih bagi memberi penglihatan yang jelas.

3. Menjaga Pengelap Cermin

Ramai lupa untuk membersihkan pengelap cermin kerana menganggap ia sebagai tidak penting. Anda perlu sentiasa membersihkan bilah pengelap bagi mengelakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah pengelap. Hal ini kerana kotoran tersebut mampu merosakkan cermin hadapan dan menjejaskan penglihatan anda.

Oleh itu, pastikan anda membersihkan bilah pengelap dengan kain lembap sekurang-kurangnya seminggu sekali agar ia berada dalam keadaan baik.

4. Meningkatkan Jangka Hayat Cermin

Membersihkan permukaan cermin hadapan secara berkala sangat penting bagi menjamin keselamatan pemanduan dan memberi penglihatan jelas. Penggunaan kain mikro fiber yang berkualiti dan bahan pencuci yang bersesuaian akan meningkatkan jangka hayat cermin.

Selain itu, anda juga disarankan untuk menghantar kenderaan ke pusat perapian setiap sebulan atau dua bulan sekali bagi mengembalikan atau memulihkan kebersihan ke tahap terbaik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!