6 Keperluan Wajib Ada Ketika Kuarantin Di Rumah

Kes COVID-19 yang menjangkau belasan hingga puluhan ribu setiap hari amat membimbangkan kita. Walaupun telah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan adakalanya seseorang itu tidak dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti virus tersebut. Sekiranya seseorang yang dijangkiti itu tidak mengalami sebarang gejala, pihak berkuasa mungkin akan mengarahkannya untuk menjalani kuarantin di rumah. Oleh itu, keperluan-keperluan berikut adalah penting sekiranya seseorang itu menjalani kuarantin di rumah.

1. ‘Oxymeter’

‘Oxymeter’ adalah peralatan yang perlu ada sekiranya seseorang itu menjalani kuarantin kendiri di rumah. Komplikasi kekurangan oksigen dalam badan menjadi simptom senyap yang ramai tidak mengetahuinya. Oleh itu, alat ini penting bagi mengesan kadar oksigen dalam darah bagi pesakit COVID-19.

Anda perlu sentiasa memantau kadar oksigen dalam badan dan sekiranya kurang daripada 95% maklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan dan segera ke hospital mengikut arahan yang telah diberikan oleh mereka.

2. Pelitup Muka

Pelitup muka sangat penting bagi mengurangkan risiko pendedahan virus terhadap isi rumah yang lain. Pesakit COVID-19 dan penjaga perlu memakai pelitup muka sekiranya berada dalam ruang yang sama atau sewaktu berinteraksi secara bersemuka supaya dapat mengelakkan penyebaran virus ini.

Ia juga penting untuk dipakai semasa melakukan proses sanitasi dan pengendalian barang keperluan yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin. Beli dan simpan stok pelitup muka demi menjaga keselamatan isi rumah.

3. Termometer

Demam merupakan salah satu simptom COVID-19 yang perlu dipantau dari semasa ke semasa terutamanya jika seseorang itu disahkan positif dan perlu menjalani kuarantin di rumah. Gunakan termometer untuk memantau suhu badan sepanjang tempoh kuarantin dan ia sangat membantu untuk mengemaskinikan rekod kesihatan harian dalam aplikasi MySejahtera.

4. ‘Portable Nebulizer’

Bagi pesakit yang mempunyai sejarah masalah pernafasan seperti asma atau batuk yang berkahak, sediakan alat sedut mudah alih atau dikenali sebagai ‘portable nebulizer’ untuk melegakan pernafasan.

Alat ini sangat membantu untuk meredakan gangguan pernafasan. Pastikan pesakit itu tidak berkongsi alat-alat peribadi ini dengan orang lain bagi mengelakkan berlakunya jangkitan virus COVID-19.

5. Bahan Pencuci

Kebersihan persekitaran perlu dijaga dengan baik terutamanya sepanjang tempoh kuarantin di rumah. Pesakit COVID-19 dan penjaga perlu mengamalkan kebersihan diri yang sangat tinggi bagi mengurangkan kadar risiko jangkitan yang lebih teruk dalam kalangan isi rumah.

Oleh itu, proses sanitasi harus dilakukan setiap hari di rumah. Sediakan bahan-bahan pencuci seperti cecair sanitasi, tisu pembersih nyahkuman, beg plastik, serbuk pencuci biasa, larutan disinfeksi yang mengandungi 0.1% sodium hipoklorit dan sebagainya untuk membantu proses nyahkuman.

6. Ubat-Ubatan Dan Vitamin

Ubat-ubatan asas dan vitamin perlu disediakan bagi membantu menghilangkan simptom ringan yang dialami oleh pesakit seperti sakit kepala, selsema atau batuk dan meningkatkan imuniti badan sepanjang menjalani kuarantin di rumah.

Ia juga penting bagi memastikan kesihatan anda tidak merosot dan mampu menjalani kuarantin dengan sempurna.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!