Awasi Masalah ‘Flat Spot’ Tayar

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita, pergerakan orang ramai juga terhad untuk mengekang penularan virus COVID-19. Hal ini juga telah mengehadkan penggunaan kenderaan yang menyebabkan ia terpaksa diletakkan di satu tempat yang sama untuk tempoh masa yang lama. Selain itu, keadaan ini juga akan meningkatkan risiko kerosakan komponen kereta terutamanya tayar kenderaan yang menyebabkan berlakunya ‘flat spotting’ atau tompokan rata.

Maksud ‘Flat Spot

‘Flat spot’ adalah keadaan tayar mengalami kesan tompokan rata pada bahagian bawah tayar yang berlaku akibat meletakkan kenderaan di posisi sama pada tempoh masa yang lama atau tayar menampung beban kenderaan yang melampau. Terdapat empat jenis ‘flat spot’ tayar yang boleh diklasifikasikan sebagai haus tidak rata, haus sebelah, haus tepi dan haus tengah.

Cara Mengurangkan ‘Flat Spot’

1. Gerakkan Kenderaan

Bagi mengurangkan berlakunya masalah ‘flat spot’, pastikan anda menggerakkan kereta setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali supaya dapat menukar posisi tayar dan juga menjaga komponen kereta yang lain.

Tindakan ini juga akan membantu mengelakkan kesan ‘flat spot’ yang terhasil akibat beban kereta tertumpu pada permukaan sama pada tayar kerana kereta tidak bergerak bagi tempoh masa yang lama.

2. Menukar Posisi Tayar

Menukar posisi tayar sangat penting untuk mengelakkan berlakunya kehausan tayar pada bahagian tertentu sahaja. Menyilang posisi tayar depan ke belakang dan sebaliknya akan mengurangkan kehausan tidak sekata serta dapat meningkatkan jangka hayat tayar.

3. Memeriksa Tekanan Udara

Tekanan udara dalam tayar kenderaan akan sentiasa berkurang kerana terdapat tindak balas molekul udara. Kenderaan yang tidak digunakan secara kerap juga boleh kehilangan udara secara perlahan-lahan dan menyebabkan tayar cepat kempis.

Pengguna perlu sentiasa memeriksa tekanan angin tayar untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik serta meningkatkan jangka hayatnya. Dapatkan maklumat tahap tekanan angin yang diperlukan untuk kenderaan anda daripada buku manual atau di tepi pintu pemandu supaya dapat mengisi tekanan kadar udara yang betul.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!