5 Punca ‘Compressor’ Penyaman Udara Kereta Rosak

Pemampat atau lebih dikenali sebagai ‘compressor’ penyaman udara merupakan komponen penting dalam sistem penyejukan kereta. Kerosakan komponen ini boleh menyebabkan masalah serius terhadap keseluruhan sistem penyaman udara kereta. Disenaraikan beberapa punca yang mendorong kepada kerosakan komponen ini seperti berikut:

car air conditioning compressor on a white background

1. Gegelung Kotor

Apabila timbunan debu, kotoran dan habuk terbentuk di gegelung pemampat atau ‘coil’, penyaman udara tidak dapat mengeluarkan haba yang secukupnya dari sistem dan terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyejukkan ruang kabin kereta anda. Peningkatan tekanan dan suhu boleh menyebabkan pemampat terlalu panas dan gagal berfungsi.

Pastikan anda sentiasa memeriksa komponen ini dan menggantikannya sekiranya ia mengalami kekotoran.

2. Kerosakan ‘Cooling Fan’

Pemampat tidak dapat berfungsi dengan baik apabila kipas pendingin mengalami kerosakan atau gagal berfungsi. Kerosakan komponen ini akan menyebabkan penyaman udara kereta mengeluarkan udara panas.

Lakukan pemeriksaan berkala bagi memastikan kipas pendingin tidak pecah atau retak agar pemampat dapat berfungsi secara optimum.

3. Masalah Elektrik

Kerosakan komponen elektrik seperti fius terbakar, wayar terputus dan sebagainya boleh memberi impak pada fungsi pemampat. Anda boleh mencegah keadaan ini dengan melakukan pemeriksaan berkala agar ia dapat diperbaiki dengan segera sebelum berlaku kerosakan lain.

4. Kebocoran ‘Refrigerant’

Kebocoran bahan penyejuk atau ‘refrigerant’ boleh berlaku pada bila-bila masa. Anda boleh mengesan kebocoran ini pada sambungan hos penyaman udara.

Selain itu, anda juga boleh melihat terdapat bahan berminyak yang terkumpul di sekitar sambungan ini yang menjadi punca kebocoran ‘refrigerant’ berlaku. Dapatkan bantuan pakar untuk memperbaiki kebocoran ini dengan segera.

5. Kekurangan Pelincir

Selain enjin, gear dan brek; pemampat juga memerlukan pelincir untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan pelincir boleh menyebabkan ia mudah mengalami kerosakan dan tidak berfungsi secara optimun.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa melakukan pemeriksaan berkala pada komponen ini agar anda tidak berada dalam situasi kepanasan dalam kereta.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!