Teknik Pemanduan Defensif Elak Kemalangan

Pemanduan di jalan raya sentiasa memerlukan perhatian yang tinggi. Walaupun anda mempunyai pengalaman memandu sejak bertahun-tahun, ia mungkin tidak mencukupi jika anda tidak tahu teknik pemanduan defensif bagi menjaga keselamatan diri dan penumpang kenderaan ketika di jalan raya. Oleh itu, dikongsikan beberapa teknik pemanduan defensif yang perlu anda tahu seperti berikut:

1. Jaga Jarak Antara Kenderaan

Memandu sambil menjaga jarak antara kenderaan hadapan telah diajar di sekolah memandu. Namun, ramai mengabaikannya dengan sentiasa memandu secara rapat tanpa menjaga jarak selamat tersebut.

Teknik pemanduan salah ini boleh menyebabkan pelanggaran antara kenderaan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa menjaga jarak antara kenderaan supaya dapat membrek kereta dengan selamat jika berlaku kecemasan.

2. Awasi Titik Buta

Titik buta adalah kawasan disekeliling kenderaan yang tidak boleh dilihat secara langsung oleh pemandu. Sebagai pemandu yang bertanggungjawab, anda perlu berwaspada dengan titik buta kenderaan sendiri untuk mengelak kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya.

Sesuaikan cermin sisi kenderaan bagi mengurangkan titik buta dan meluaskan had penglihatan anda ketika memandu kenderaan.

3. Pastikan Kenderaan Dalam Keadaan Baik

Sebelum memandu kenderaan, pastikan ia berada dalam keadaan baik dengan melakukan pemeriksaan rawak terhadap bahagian-bahagian penting. Tayar, minyak enjin, minyak gear, air radiator, pengelap cermin, sistem transmisi dan sebagainya adalah antara komponen yang wajib diperiksa.

Langkah ini juga akan memanjangkan jangka hayat kereta anda dan komponennya.

4. Posisi Kedudukan Yang Betul

Ramai mengabaikan posisi kedudukan yang betul dengan duduk mengikut keselesaan masing-masing. Terdapat segelintir pemandu yang memandu seolah-olah sambil berbaring di mana ianya amat membahayakan.

Pastikan anda duduk pada posisi yang sepatutnya dengan kedudukan tangan dan kaki yang betul. Hal ini penting supaya membantu anda mempunyai kawalan sepenuhnya semasa memandu terutamanya di situasi kecemasan.

5. Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Sebagai pemandu berhemah anda perlu sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan dan peka terhadap keadaan sekeliling. Hal ini kerana terdapat segelintir pemandu yang memandu secara agresif hingga mengakibatkan kemalangan.

Pastikan fokus anda hanya berada pada jalan raya dan persekitaran serta elakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda.

6. Lihat Jauh Ke Hadapan

Mata anda sangat memainkan peranan terutamanya apabila memandu. Melihat jauh ke hadapan amat membantu untuk anda mengambil tindakan awal.

Misalnya, pemandu dapat mengurangkan kelajuan kenderaan apabila diperlukan, mengagak tingkah laku pemandu di hadapan anda, memerhatikan gerak-geri penunggang motosikal dan sebagainya dapat mengelakkan anda terlibat dalam situasi tidak terduga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023

16 September 2023 – Kelab Sukan SPANCO telah menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Jabatan SPANCO dan Jemputan Jabatan Kerajaan 2023 yang berlangsung di KNZ Sports,...

Tanda Kerosakan Sambungan Bebola

Sambungan bebola atau lebih dikenali sebagai ‘ball joint’ adalah komponen dalaman kenderaan penting yang menghubungkan hab roda ke lengan kawalan (lengan kawalan atas dan...

4 Tanda ‘Purge Valve’ Mengalami Kerosakan

‘Purge valve’ adalah komponen yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan wap bahan api daripada sistem kawalan pelepasan penyejatan kenderaan. Ia memastikan kenderaan anda bergerak lancar...

Kuih Bulan Halal di Lembah Klang

Sambutan Pertengahan Musim Luruh atau lebih dikenali sebagai sambutan kuih bulan adalah merupakan salah satu perayaan kaum Cina yang dinanti-nantikan oleh orang ramai bagi...

Program Audit Pemeriksaan Kenderaan, Naziran Serta Taklimat Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO 2023

24 Ogos 2023 – Lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi SPANCO anjuran Kementerian Kewangan kali ini telah dijalankan di tiga buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!