5 Cara Pemanduan Yang Memendekkan Jangka Hayat Kenderaan

Tahukah anda cara pemanduan yang salah boleh memendekkan jangka hayat kenderaan? Memandu dengan mengabaikan beberapa tanda amaran boleh merosakkan komponen kereta sekaligus mengurangkan jangka hayatnya. Berikut disenaraikan beberapa kesalahan yang sering dilakukan ketika memandu:

1. Menekan Brek Secara Keterlaluan Ketika Menuruni Bukit

Adakah anda seorang yang kerap menekan brek secara keterlaluan terutamanya ketika menuruni bukit? Jika ya, segera hentikan tabiat ini kerana ia akan meningkatkan haba pada sistem brek dan alat ganti brek akan menjadi cepat haus.

Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu memandu pada gear rendah seperti gear 3, 2 atau sesetengah kenderaan pada gear L. Hal ini kerana ia akan mengekalkan kereta anda pada kelajuan selamat tanpa perlu menggunakan brek sepanjang masa. Dengan itu, ia akan membantu meningkatkan jangka hayat brek kenderaan anda.

2. Mengabaikan Lampu Indikator

Pernahkah anda perasan lampu indikator pada panel meter menyala ataupun berkelip-kelip selepas menghidupkan enjin? Ia adalah satu petanda awal yang menunjukkan terdapat masalah atau kerosakan pada sistem kereta anda.

Mengabaikan lampu indikator boleh menyebabkan berlakunya masalah lebih serius kepada kenderaan anda. Segera lakukan pemeriksaan terhadap komponen kenderaan anda apabila terdapat bunyi pelik atau ketika lampu indikator menyala supaya anda dapat mencegah berlakunya kerosakan pada tahap awal.

3. Memegang Tombol Gear

Salah satu tabiat yang biasa dilakukan oleh pemandu kereta adalah memegang tombol gear sepanjang perjalanan. Tahukah anda tabiat ini boleh meningkatkan tekanan ke atas ‘bushing transmission’ (sejenis bearing yang digunakan dalam transmisi untuk mengurangkan geseran, kehausan dan mengekalkan penjajaran komponen) sekaligus mengurangkan jangka hayat kotak gear kereta?

Elakkan memegang tombol gear secara kerap dan amalkan memegang stereng dengan dua tangan supaya dapat meningkatkan jangka hayat kenderaan serta memudahkan anda mengawal kenderaan pada situasi tidak terduga.

4. Membawa Barang Terlampau Berat

Membawa barang terlampau berat daripada kapasiti kenderaan boleh meningkatkan tekanan terhadap suspensi dan brek kenderaan. Selain itu, ia juga meningkatkan penggunaan bahan api terutamanya apabila melakukan perjalanan jauh.

Anda digalakkan untuk meringankan beban kenderaan dengan membawa barang yang diperlukan sahaja supaya dapat menjimatkan penggunaan bahan api ketika melakukan perjalanan jauh.

5. Memijak Klac Semasa Kenderaan Tidak Bergerak

Mengabaikan penggunaan klac dengan betul adalah kesilapan yang kadang-kala dilakukan oleh pengguna kenderaan bertransmisi manual. Memijak rapat pedal klac ketika kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat atau tempat letak kenderaan boleh menyebabkan permukaan klac saling mengikis dan cepat haus serta boleh merosakkannya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!