10 Makanan Viral Di Pulau Pinang

Pulau Pinang diibaratkan syurga makanan bagi orang ramai kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dicuba di negeri ini. Ramai sanggup melancong ke Pulau Pinang hanya untuk membuat ‘food hunting’ bersama keluarga atau kawan-kawan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan-makanan popular di negeri ini seperti berikut:

penang libur.com.my
Sumber : libur.com.my

1. Asam Laksa

Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia yang mempunyai rasa dan versi masakan tersendiri. Namun, kelazatan Asam Laksa atau lebih dikenali sebagai Laksa Pulau Pinang tidak setanding dengan laksa lain.

Ia merupakan makanan wajib dimakan jika sesiapa mengunjungi ke negeri ini kerana kuah ikannya yang mempunyai rasa masam, manis dan pedas. Hidangan ini disajikan bersama udang, telur, limau nipis, daun pudina dan sambal belacan yang lazat dimakan bersama mee.

malaysia-2764558_1920

2. Char Kuey Teow

Char Kuey Teow adalah makanan yang biasa didengari oleh rakyat Malaysia dan ia gemar dimakan pada bila-bila masa. Ia diperbuat daripada mee beras yang leper dan digoreng bersama udang, telur, daun bawang, taugeh, kerang, sos kacang hitam, cili dan sebagainya.

Hidangan ini popular di Pulau Pinang kerana cara masakannya lain iaitu menggoreng kuey teow dengan telur itik dan daging ketam bagi menambah rasa kemanisan.

nasi kandar eats.my
Sumber: eats.my, CHAN TAK KONG The Star

3. Nasi Kandar

Penggemar Nasi Kandar perlu mengunjungi Pulau Pinang untuk merasa nasi kandar terbaik di Malaysia. Hidangan ini sangat popular sehingga pelancong sanggup beratur panjang untuk mencuba nasi kandar dengan pelbagai lauk pauk yang meriah.

Nasi Kandar Pelita dan Deen Maju merupakan antara lokasi terkenal di sini bagi menikmati juadah terlazat ini. Ia biasa dihidangkan dengan nasi, pelbagai jenis kari, ayam goreng berempah, bendi, telur masin dan lain-lain lauk mengikut selera masing-masing.

rojak thestar.com.my
Sumber: thestar.com.my

4. Rojak Pasembor

Anda mesti selalu makan rojak bersama cendol pada waktu petang. Rojak Pasembor adalah salah satu menu yang wajib dicuba di sini kerana keunikan rasa yang luar biasanya.

Makanan ini juga dikenali ramai sebagai salad India Malaysia yang disediakan daripada sayur-sayuran, tauhu, cucur udang, mee kuning dan bahan utama yang meningkatkan kelazatan juadah ialah kuah kacang pedas atau kuah merah manis pedas.

cendol mypenang.gov.my
Sumber: mypenang.gov.my

5. Cendol

Cendol adalah minuman terkenal di Malaysia yang sedap diminum ketika cuaca panas. Ia merupakan salah satu makanan popular di Pulau Pinang kerana penggunaan resipi warisan moyang yang masih kekal istimewa.

Ramai sanggup beratur panjang untuk beberapa jam demi menikmati semangkuk cendol ini. Ia diperbuat menggunakan santan, jeli hijau, ais, gula melaka, kacang merah, jagung dan sebagainya yang menambah seleranya.

durian

6. Durian Balik Pulau

Tiba sahaja musim durian, Balik Pulau menjadi lokasi popular yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dari setiap pelosok negeri dan warga pelacong bagi menyerbu raja buah iaitu durian.

Terdapat pelbagai jenis durian enak yang boleh didapati di sini seperti duri hitam, udang merah, labu, kulit hijau, kacang hijau, musang king dan lain-lain. Pelancong terutamanya ‘hantu durian’ wajib kunjungi Balik Pulau bagi menikmati durian yang lazat.

mee sotonh hungryonion.org
Sumber: hungryonion.org

7. Mee Sotong

Mee sotong merupakan antara makanan wajib dicuba di Pulau Pinang kerana ia merupakan satu-satunya lokasi yang boleh anda rasa hidangan ini. Mee ini dimasak bersama kuah merah yang sangat membangkitkan rasa bersama taugeh, telur, ubi kentang dan dihidangkan bersama sambal sotong kering bagi menambahkan selera makanan.

jerul carousell.com.my
Sumber: carousell.com.my

8. Jeruk Madu Pak Ali

Teringin makan jeruk yang sedap? Kunjungilah Jeruk Madu Pak Ali yang terkenal di negeri ini bagi menikmati pelbagai jenis jeruk di satu tempat.

Uniknya jeruk Pak Ali adalah kerana mereka menyediakan jeruk yang dimasak sendiri daripada air gula, menggunakan cuka epal bagi menjaga kesihatan pelanggan dan menggunakan madu lebah supaya air jeruk selamat diminum oleh orang ramai.

benggali fb roti benggali penang
Sumber: Facebook Roti Benggali Penang

9. Roti Benggali

Roti Benggali adalah roti klasik yang sangat terkenal di Pulau Pinang kerana keenakan roti warisan yang diperbuat secara turun-temurun. Miliia Bakery adalah satu-satunya syarikat yang menyediakan roti ini dengan mengekalkan penggunaan resipi tradisional moyang mereka.

Roti benggali sangat ranggup di luar dan lembut di dalam. Ia biasanya enak dimakan bersama mentega dan kaya serta menikmatinya dengan secawan kopi. Terdapat pelbagai perasa baru dikeluarkan seperti perasa arang, labu manis, yis merah, coklat, teh hijau dan mentega bagi meningkatkan selera makanan ini.

kacang phool hungryonion.org
Sumber: hungryonion.org

10. Kacang Phool

Kacang Phool adalah salah satu makanan istimewa di negeri syurga makanan ini. Ia sangat terkenal kerana kuah kacang yang dimasak bersama daging atau ayam dan disajikan bersama roti bakar benggali.

Bagi menambahkan perasa makanan ini, roti ini dihidangkan bersama telur mata, limau kasturi, bawang dan cili hijau. Juadah ringan dan enak ini boleh dimakan pada bila-bila masa.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!