Risiko Penggunaan Alat Ganti Tidak Tulen Bahagian 2

Penggunaan alat ganti tidak tulen amat berisiko dan ia tidak sama sekali disarankan kepada pengguna kenderaan atas pelbagai faktor. Penggunaan alat ganti tiruan ini boleh menyebabkan kerosakan semula selepas penggantian komponen baharu dan memerlukan pengguna membuat pembaikan semula. Bagi mencegah kejadian yang tidak terduga berlaku, disenaraikan beberapa faktor penting mengapa alat ganti tulen perlu digunakan bagi servis dan pembaikan kereta anda:

1. Keupayaan Struktur

Secara keseluruhan, setiap komponen menyumbang kepada kekuatan struktur keseluruhan kenderaan. Bahagian yang walaupun nampak biasa seperti cermin hadapan, cermin tingkap dan pintu sebenarnya menyokong keutuhan kenderaan semasa kemalangan. Tahap perlindungan yang disediakan alat ganti tulen terhadap keseluruhan struktur kenderaan telah diuji di peringkat pembikinan dan ia dijamin mempunyai kekuatan tersendiri.

2. Ketahanan

Alat ganti tulen tidak cepat rosak berbanding dengan alat ganti tiruan dan prestasinya terbukti lebih konsisten bagi tempoh yang lama. Penggunaan komponen tulen sebenarnya lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang kerana anda tidak perlu kerap menggantikannya.

3. Waranti

Kebanyakkan alat ganti tiruan tidak menyediakan waranti untuk menuntut ganti rugi sekiranya alat ganti tersebut mengalami kerosakan selepas pembelian. Hal ini boleh meningkatkan kos pembaikan pengguna yang perlu membeli semula alat ganti baharu untuk membaiki komponen yang rosak.

Jadilah Pakar Serta-Merta

Apabila mengambil kereta dari bengkel pastikan anda memeriksa sama ada alat ganti yang digunakan adalah tulen dan kerja-kerja pembaikan telah dilakukan dengan betul sebelum anda membawanya pulang.

Pada mata kasar kereta mungkin nampak sempurna, namun bagaimana anda boleh tahu bahawa pembaikan telah dilakukan dengan sebaik-baiknya? Berikut adalah senarai langkah yang boleh diambil bagi menjadikan anda seorang yang arif tentang hal-hal pembaikan kereta. Ambil tahu tentang kerja-kerja pembaikan kereta anda. Pastikan hanya alat ganti tulen digunakan untuk keselamatan, ketahanan, penampilan dan prestasi.

Bagi pelanggan SPANCO, hubungi Talian Bebas 1-800-88-6999 jika anda dapati kerja-kerja penyenggaraan atau pembaikan yang dilakukan oleh mana-mana pusat servis diiktiraf (PSD) adalah tidak memuaskan, kurang berkualiti atau tidak menggunakan alat ganti yang tulen.

Kualiti Pembaikan Kemalangan

Syarikat insurans dan pengusaha bengkel adalah pihak bertanggungjawab untuk memastikan pembaikan kereta telah disahkan dan dilakukan dalam keadaan yang profesional bagi memastikan keselamatan, keutuhan struktur, prestasi dan kegunaan kenderaan tersebut dikembalikan.

Bermakna setiap kali kereta anda dibaiki, anda berhak mendapatkan hasil kerja berkualiti yang akan mengembalikan kereta anda seperti sediakala. Bagaimanapun ada pengusaha bengkel yang mengambil jalan pintas untuk menjimatkan kos dengan menggunakan alat ganti yang tidak tulen yang akhirnya menyebabkan kerja-kerja pembaikan tidak menepati tahap mutu yang sepatutnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!