8 Tempat Mesti Anda Jejak Jika Melawat Ke Sabah

Sabah adalah syurga dunia yang terletak di bahagian utara Borneo. Negeri ini mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan popular sehingga ia menjadi destinasi pilihan ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Kenali beberapa tempat wajib anda kunjungi jika melawat ke negeri ini pada musim percutian seperti berikut:

manukan
Sumber: Instagram @out_liers

1. Pulau Manukan

Pulau Manukan adalah syurga pantai yang telah diiktiraf sebagai Taman Laut Negara. Ia merupakan pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau ini mempunyai air laut yang jernih dan pemandangan air biru yang mempesonakan.

Terdapat juga terumbu karang unik dan cantik di sini yang boleh dilihat oleh para pengunjung dengan menikmati aktiviti menyelam bersama rakan atau keluarga. Pelancong juga boleh melakukan aktiviti lain seperti selam permukaan ‘snorkeling’, berkhemah, bermain bola dan sebagainya dengan insan tersayang.

sini.com.my
Sumber: sini.com.my

2. Taman Negara Banjaran Crocker

Pencinta alam yang ingin melihat keindahan flora dan fauna yang memukau pandangan boleh mengunjungi Taman Negara Banjaran Crocker yang terletak berdekatan dengan Kota Kinabalu.

Taman terbesar di Sabah ini mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna Borneo yang sangat mengagumkan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi. Pelancong juga boleh melakukan aktiviti lain seperti melawat Taman Serangga, Pusat Pemulihan Paku Pakis, Menara Pemerhatian dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang mengenali flora dan fauna Borneo di sini!

mabul fb tempat menarik di sabha
Sumber: Facebook @tempatmenarikdi sabha

3. Pulau Mabul

Pulau Mabul merupakan sebuah pulau bersaiz kecil yang berjaya menarik perhatian ramai pelancong kerana warna air laut yang jernih. Para pelancong dapat melihat banyak hidupan eksotik seperti sotong kurita, ketam, rumpai laut dan sebagainya dengan melakukan aktiviti selam.

Terokai pulau ini dengan berkayak menggunakan ‘Molokini’ iaitu perahu lut sinar untuk menjangkau pantai berpasir, kawasan perkhemahan dan tempat tersembunyi lain yang ramai tidak dapat pergi dengan berjalan kaki.

gamo
Sumber: Instagram @mfdly

4. Gua Gomantong

Gua Gomantong adalah gua batu kapur yang terletak di dalam Hutan Simpanan Gomantong. Ia juga dikenali ramai sebagai gua lipas kerana terdapat pelbagai spesis lipas yang boleh anda temui dalam gua ini. Bukan sekadar lipas, malah pelancong berpeluang melihat kelawar, kumbang, pepijat dan lain-lain di sini.

Bagi individu yang fobia dengan binatang-binatang ini dan ingin mencabar diri boleh mengunjungi Gua Gomantong. Selain itu, gua ini turut diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia atau dikenali sebagai World Wide Fund (WWF). Pelancong boleh melihat aktiviti penuaian sarang burung dan penghasilan sarang burung layang-layang.

kinabalu

5. Gunung Kinabalu

‘Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, mana boleh kembali tanpa mengunjungi Gunung Kinabalu’? Salah satu gunung paling terkenal di Malaysia adalah Gunung Kinabalu sehingga ia mempunyai lagu tersendiri yang berjudul ‘Sayang Kinabalu’. Terletak di Kota Kinabalu, tempat ini sangat sesuai bagi kaki pendaki yang ingin mencuba aktiviti ekstrem.

Selain mendaki gunung, pelancong boleh melihat keindahan flora dan fauna Borneo, mengirim ‘postcard’ kepada kawan atau keluarga di peti surat tertinggi yang terletak di Pendant Hut, melihat taburan bintang di langit yang indah, bermain buaian di gunung, melihat matahari mula membenamkan cahaya dan sebagainya di sini.

kokol
Sumber: Instagram @sabahtourism

6. Bukit Kokol Elf

Bukit Kokol Elf yang terletak di Kota Kinabalu menawarkan percutian indah seperti Bali dengan menyediakan buaian terkenal negara Indonesia sebagai tarikan pelancong. ‘Mega Swing’ menjadi tarikan utama orang ramai kerana mereka boleh menaiki buaian besar sambil menghirup udara segar dan sejuk. Masa terbaik untuk berayun di atas bukit adalah pada waktu petang supaya anda dapat mengambil gambar terbenam yang indah.

Pelancong juga boleh mengambil ribuan gambar ‘insta-worthy’ di lokasi ini sambil menikmati pemandangan yang menyejukkan mata. Selain melihat matahari terbenam yang indah, anda boleh duduk di ‘City Circle’ iaitu sebuah sarang estetik untuk berehat, membaca buku atau menunggu giliran bermain buaian, makan di restoran dan sebagainya boleh dilakukan di sini.

desa
Sumber: Instagram @ilovekotakinabalu @candzcanders

7. Ladang Tenusu Desa Cattle

Ingin melancong ke New Zealand dan melihat ladang penternakan lembu yang cantik? Usah risau, Ladang Tenusu Desa Cattle di Kundangsang, Sabah menawarkan pelancongan sama seperti berada di negara luar.

Anda boleh menikmati pemandangan penternakan lembu membiak di ladang besar dengan rumput kehijau-hijauan yang dikelilingi suasana sejuk yang menyejukkan mata seluas pandangan anda seperti berada di New Zealand.

Pelancong juga boleh melihat bukit-bukau di sekeliling ladang dan mengambil gambar cantik berlatarbelakangkan pemandangan yang memukau anda. Jangan lupa beli produk tenusu yang segar dan lazat sebelum anda balik dari situ.

hou
Sumber: Instagram @hounonridgefc

8. Hounon Ridge Farmstay

Adakah anda ingin menginap di kawasan ladang yang sunyi dan tenang? Kunjungi Hounon Ridge Farmstay dan nikmati pengalaman berkhemah dan menginap di kawasan ladang yang luar biasa di bumi sejuk ini.

Pelancong boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti memasak barbeku, menikmati pemandangan bintang sambil makan, bermain bersama ahli keluarga, menyaksikan keindahan matahari terbit di atas Gunung Kinabalu, tidur di bawah langit berbintang dan sebagainya bersama insan tersayang. Segala kemudahan dan perkhidmatan asas disediakan oleh pihak pengurusan bagi memudahkan para pelancong menikmati percutian indah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!