Mengecas Kereta Elektrik Dalam Masa 5 Minit Sahaja

Teknologi automotif semakin berkembang dari semasa ke semasa. Kereta elektrik atau dikenali sebagai electric vehicle (EV) merupakan satu inovasi industri automotif bagi menjaga alam sekitar daripada pencemaran udara dan mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

Bateri EV berfungsi sebagai bahan bakar kenderaan. Ia digunakan dengan mengecas bateri kereta sekurang-kurangnya untuk tempoh masa lapan jam bagi memastikan ia mempunyai kuasa untuk bergerak.

Kini pakar-pakar automotif berinisiatif untuk melancarkan bateri yang mampu mengecas kereta dalam masa lima minit hingga sepuluh minit sahaja supaya pengguna kenderaan elektrik tidak perlu menunggu berjam-jam untuk menggunakan semula kenderaannya.

Teknologi Bateri Kereta Elektrik

Teknologi pengecasan pantas akan menjadi kunci masa depan bagi sistem pengecasan EV kerana ia membolehkan kenderaan mengecas dalam tempoh masa singkat. Kemunculan teknologi bateri baharu yang ditubuhkan oleh beberapa pakar automotif dapat menggantikan sistem bateri lama dan lebih memudahkan para pengguna.

Sebuah syarikat, Storedot sedang mengembangkan bateri kereta lithium ion baharu yang dihasilkan oleh Eve Energy di China. Syarikat ini telah menghasilkan dahulu seribu sampel bateri jenis lithium-ion dengan mematuhi sijil bateri li-ion bagi memastikan kualitinya terjamin.

Bateri lithium-ion dapat dicas hanya dalam masa lima minit dan ia telah dibuktikan nilainya melalui percubaan atas telefon bimbit, dron, dan terbaru kenderaan elektrik dua roda. Syarikat ini menganggarkan bahawa mereka dapat menghasilkan bateri yang akan menggerakkan kenderaan dari 200 batu sehingga 300 batu sekali cas pada tahun 2025 menggunakan teknologi yang sudah mereka miliki.

Bateri yang digunakan sekarang menggunakan grafit sebagai elektrod tetapi bateri lithium-ion baharu ini berfungsi lebih cepat dengan menggantikan grafit bersama nanopartikel semikonduktor yang membolehkan ion melepasi dengan lebih mudah dan cepat. Ia dijangkakan untuk menggantikan elektrod ini dengan silikon, komponen yang jauh lebih murah.

Bateri lithium-ion ini seperti impian menjadi kenyataan bagi para pencinta alam sekitar dan peminat kenderaan elektrik, tetapi bukan satu-satunya yang menjalankan penyelidikan ini. Syarikat Toyota juga sedang mengkaji dan menghasilkan bateri solid state yang dijangka menjadi alternatif kepada bateri lithium-ion yang menggunakan penyelesaian elektrolit aqueous. Inovasi baharu ini akan mengurangkan risiko kebakaran dan berupaya menggandakan kepadatan tenaga.

Meningkatkan Kebolehpasaran Kereta Elektrik

Kereta elektrik rata-rata boleh memandu sejauh 100 batu bagi setiap pengecasan penuh. Dengan bateri yang dapat mengecas lebih cepat, pemandu tidak akan terikat pada perjalanan jarak jauh terhad dan boleh menggunakan EV dalam perjalanan yang lebih lama.

Ia juga secara tidak langsung akan meningkat kebolehpasaran penggunaan kereta elektrik kerana sangat mudah untuk mengecas semula dan tidak perlu menunggu lama bagi melakukan perjalanan lain. Orang ramai dipercayai boleh menggunakan kereta elektrik sepenuhnya menjelang tahun 2030 jika teknologi EV ditingkatkan lagi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!