Kembara Ke Luar Negara Dengan Perkhidmatan ETS

Adakah anda jemu menghadap kesesakan jalan raya ketika musim perayaan atau percutian? Usah risau lagi kerana anda boleh menggunakan perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) bagi mengelakkan kesesakan jalan raya bersama keluarga dan rakan anda sambil menikmati pemandangan yang mengasyikkan. Disenaraikan berikut beberapa laluan ETS yang boleh anda guna untuk merancang percutian anda pada masa akan datang.

Kereta Api Elektrik (ETS)

ETS adalah kereta api elektrik yang menyediakan perkhidmatan ke sesuatu destinasi jauh seperti Pulau Pinang, Thailand, Perak dan sebagainya demi memudahkan perjalanan orang awam. Anda boleh makan, minum, tidur, main dan melakukan pelbagai aktiviti bersama insan tersayang sepanjang perjalanan anda. Menarik bukan?

Walaupun perjalanan menggunakan kereta api ETS mengambil masa yang lebih lama, ia sangat berbaloi dalam mengelakkan kesesakan jalan raya dan keletihan badan anda daripada memandu kenderaan.

Kuala Lumpur Ke Ipoh

Ipoh adalah antara bandar yang mempunyai tarikan pelancong tinggi terutamanya ketika musim percutian. Kawasan bandar ini sentiasa sibuk kerana ia dibanjiri pelancong dari seluruh negara.

Bagi merasai perkhidmatan ETS untuk pertama kali, anda boleh melakukan perjalanan ke Ipoh yang mengambil masa selama dua jam dari KL Sentral. Anda boleh menempah tiket secara dalam talian di laman sesawang KTM untuk menikmati perjalanan yang penuh menarik bersama keluarga.

Kuala Lumpur Ke Butterworth

Pulau Pinang adalah destinasi kegemaran setiap pelancong dari dalam dan luar negara. Perjalanan ke Pulau Pinang menerusi kenderaan agak memenatkan pemandu serta penumpang kerana ia memakan masa yang lebih iaitu sekitar tujuh jam dari Kuala Lumpur.

Para pelancong yang berjinak-jinak untuk melancong ke sini boleh menggunakan perkhidmatan ETS supaya dapat menyaksikan pemandangan indah sepanjang perjalanan sambil merehatkan diri dalam kereta api ini.

Anda hanya perlu membeli tiket ETS seawal pagi dan memulakan perjalanan ke Butterworth dari KL Sentral. Harga tiket sangat berbaloi dengan harga bawah RM100 bagi seorang. Apabila tiba di destinasi anda perlu menggunakan perkhidmatan feri untuk merentas perjalanan ke bandar.

Kuala Lumpur Ke Thailand

Pernahkah anda teringin melancong ke luar negara? Lakukan perjalanan ke luar negara dengan melangkah ke negara jiran, Thailand dahulu menerusi kereta api.

Thailand adalah negara yang indah dengan banyak tempat tumpuan pelancong dan makanan popular yang perlu diterokai oleh setiap pelancong. Anda boleh menggunakan ETS untuk menikmati perjalanan mencabar dengan kemudahan asas lengkap dengan harga murah sahaja.

Naiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar bersama keluarga atau rakan kembara anda untuk menikmati perjalanan indah dengan mereka. Selepas tiba di Padang Besar anda boleh memilih untuk meneruskan perjalanan ke Hat Yai menaiki kereta api biasa atau meluangkan masa di Padang Besar dahulu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!