Risiko Penggunaan Wi-Fi Awam

Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda tidak mempunyai sambungan Internet? Situasi begini akan mendorong anda menggunakan rangkaian Wi-Fi awam yang terdapat di sekeliling anda. Namun, sebelum menggunakan rangkaian tersebut, anda harus mengetahui beberapa risiko penggunaan Wi-Fi awam demi menjaga keselamatan ketika melayari dunia siber yang sukar dikawal.

Maksud Wi-Fi Awam

Secara umumnya, Wi-Fi adalah singkatan bagi ‘Wireless Fidelity’ yang merupakan piawai untuk rangkaian setempat tanpa wayar yang telah memudahkan orang ramai untuk menguruskan pelbagai aktiviti secara dalam talian. Penggunaan Wi-Fi telah semakin berleluasa dalam kalangan rakyat untuk pelbagai tujuan sehinggalah wujudnya perkhidmatan Wi-Fi awam yang memudahkan lagi penggunaan Internet di mana-mana sahaja.

Wi-Fi awam adalah rangkaian Internet tanpa wayar yang boleh diakses tanpa sebarang kata laluan dan juga boleh digunakan tanpa had. Perkhidmatan ini kini disediakan di banyak tempat awam seperti pusat beli-belah, pejabat am, lapangan terbang, hotel dan lain-lain sebagai penawaran perkhidmatan untuk memudahkan pelanggan melayari Internet secara percuma.

Free Wifi sign on table

Kesan Penggunaan

Menggunakan Wi-Fi awam memang menyeronokkan kerana ianya percuma. Tetapi adakah ia benar-benar selamat? Kebanyakan Wi-Fi kawasan khas ‘hotspot’ tidak melindungi data yang dihantar melaluinya, justeru mudah dipintas oleh penggodam. Anda juga boleh tertipu sekiranya anda tersilap memasuki rangkaian Wi-Fi palsu yang mempamerkan nama yang hampir serupa dengan rangkaian yang sebenar.

Penggodam boleh menggunakan maklumat seperti alamat emel dan kata laluan yang anda aktifkan untuk mengakses akaun tanpa pengetahuan anda. Penggunaan kata laluan sama untuk semua aktiviti peribadi turut memudahkan mereka menggodam maklumat anda dengan mudah.

Cara Penggunaan Yang Selamat

Terdapat beberapa cara untuk melindungi keselamatan peribadi dan data apabila menggunakan perkhidmatan Wi-Fi awam yang boleh anda amalkan seperti berikut:

1. Gunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN)

Gunakan rangkaian persendirian maya (VPN) apabila melayari Internet menerusi Wi-Fi awam bagi memastikan maklumat anda selamat disimpan ketika log masuk ke rangkaian awam. VPN juga berfungsi sebagai medium tengah yang membantu melindungi data anda daripada digodam.

2. Gunakan Protokol Perpindahan Hiperteks Selamat (HTTPS)

Sekiranya anda tidak mempunyai akses ke VPN, anda boleh menggunakan Protokol Perpindahan Hiperteks Selamat yang juga dikenali sebagai Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) ketika melayari Internet. Ia merupakan laman web yang telah dienkripsi bagi membantu melindungi data anda daripada beberapa ancaman yang tidak terduga. Pastikan terdapat ‘HTTPS’ di awal alamat laman web yang anda layari untuk menikmati perkhidmatan selamat.

3. Gunakan Perisian Antivirus

Perisian antivirus dapat membantu melindungi anda ketika menggunakan Wi-Fi awam dengan mengesan perisian hasad seperti virus, cacing komputer (rangkaian), perisian intip, adware dan lain-lain yang mungkin menyerang peranti anda melalui rangkaian awam. Oleh itu, sentiasa pastikan anda menggunakan perisian antivirus terbaharu dalam peranti mudah alih supaya ia membantu menunjukkan sebarang virus atau aktiviti mencurigakan berlaku ketika menggunakan rangkaian awam tersebut.

Peringatan!

• Sentiasa memastikan untuk matikan sambungan Wi-Fi secara automatik.
• Pastikan mengguna pengesahan dua faktor ‘2 Factor Authentication’.
• Sentiasa pastikan untuk melupakan rangkaian ‘forget network’ setelah menggunakan Wi- Fi awam.
• Jangan sesekali melakukan transaksi kewangan melalui rangkaian awam.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!