Padah Jika Salah Memilih Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan sangat penting untuk menjaga keselamatan mereka apabila berada di jalan raya. Oleh itu, pemilihan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu dilakukan dengan teliti supaya ia dapat melindungi mereka daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Ketahui ciri-ciri penting semasa membeli kerusi ini seperti berikut:

Ciri-Ciri Pemilihan

Kanak-kanak di bawah ketinggian 135 sentimeter (sm) dan berat di bawah 36 kilogram (kg) perlu menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang menepati klasifikasi tertentu berdasarkan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perkara paling utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa adalah memastikan kenderaan mereka mempunyai alat penyambung International Standards Organisation Fix (ISOFIX) supaya membolehkan kerusi tersebut disambungkan pada kerusi kenderaan dengan selamat.

Label E
Sumber: Malaysian Institute of Road Safety Research

Kemudian, ibu bapa perlu memastikan kerusi keselamatan kanak-kanak mempunyai pelekat E-Mark yang berwarna jingga sebelum membelinya. Pelekat ini memastikan bahawa kerusi tersebut mempunyai pensijilan yang diperlukan dan mematuhi piawaian PBB.

QR CODE
Sumber: Malaysian Institute of Road Safety Research

Selain itu, terdapat juga kaedah kod respons pantas (QR) digunakan untuk merekodkan maklumat kerusi keselamatan kanak-kanak secara terperinci supaya membantu ibu bapa melihat panduan penggunaan dengan mudah dan cepat. Ibu bapa juga boleh melihat kaedah pemasangan dalam kenderaan menerusi kod QR tersebut bagi memudahkan proses pemasangan.

Jenis-Jenis Kerusi Keselamatan

Sebelum memilih kerusi keselamatan yang bersesuai dengan anak, anda perlu mengetahui jenis-jenis kerusi yang dijual agar boleh melakukan pemilihan yang bijak. Disenaraikan beberapa jenis kerusi keselamatan yang terdapat di pasaran seperti berikut:

1) Kerusi Menghadap Belakang (Rear Facing)

Kerusi keselamatan jenis rear facing sesuai digunakan bagi bayi yang berumur sehingga 18 bulan dengan berat badan sekurang-kurangnya 9kg sehingga 13kg. Ketinggian kanak-kanak yang sesuai menggunakan kerusi ini adalah bagi mereka yang berada dalam lingkungan di bawah 83sm sahaja.

2) Kerusi Menghadap Hadapan (Forward Facing)

Kerusi keselamatan forward facing pula sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 15 bulan sehingga 4 tahun. Ia mampu menampung kanak-kanak dengan berat badan sebanyak 9kg sehingga 18kg bersamaan ketinggian 71sm dan ke atas.

3) Kerusi Penggalak Belakang Tinggi (Booster High Back)

Kerusi keselamatan booster high back boleh digunakan bagi kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 7 tahun dengan berat badan sebanyak 15kg sehingga 25kg. Ketinggian yang sesuai menggunakan kerusi ini ialah 100sm dan ke atas. Kanak-kanak digalakkan memakai booster dengan 5 poin harness bagi melindungi mereka daripada sebarang kecederaan.

4) Kerusi Penggalak Menghadap Hadapan

Kerusi jenis ini boleh digunakan bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas yang mempunyai berat badan dari 25kg sehingga 36kg. Ketinggian kanak-kanak yang sesuai menggunakan kerusi ini adalah sehingga 135sm. Ia juga mempunyai tempat duduk sokongan yang memberi keselesaan bagi kanak-kanak.

Ibu bapa perlu pastikan membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri tersenarai di atas supaya dapat menjaga keselamatan mereka ketika melakukan perjalanan dalam kenderaan. Buatlah pilihan bijak untuk melindungi anak-anak anda!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

5 Punca ‘Headlight’ Semakin Malap

Lampu puncak atau lebih dikenali sebagai ‘headlight’ adalah lampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubah suai alur cahayanya. Jika lampu puncak...

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SPANCO 2023

13 MEI 2023 – SPANCO telah mengadakan majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri 2023, yang bertempat di Pusat Servis Wilayah SPANCO Bangi. Majlis...

Hargai Jantung Anda, Amalkan Cara Hidup Sihat

Tahukah anda terdapat pertambahan kes di mana golongan muda diserang penyakit jantung? Semakin banyak kes penyakit jantung dilaporkan termasuk di kalangan remaja sejak kebelakangan...

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!