5 Cara Berkesan Sanitasi Kenderaan

Sanitasi kenderaan secara berkala telah menjadi satu norma baharu sejak tercetusnya penularan wabak COVID-19. Ia amat penting bagi memastikan kenderaan tidak menjadi punca merebaknya wabak tersebut kepada diri serta keluarga anda. Berikut disenaraikan petua-petua yang mudah dan murah bagi melakukan sanitasi ke atas kenderaan anda:

1) Sabun Dan Air

Gunakan sabun dan air untuk melakukan proses disinfeksi kuman dalam ruang kabin kereta terutamanya pada bahagian fabrik dan kulit. Virus dan kuman boleh berada di sesuatu permukaan dalam tempoh beberapa hari. Oleh itu, kaedah ini amat mudah dan lebih selamat untuk dilakukan sebagai satu proses menyah kuman bahagian kereta pada setiap hari. Gunakan sabun pencuci kereta, detergen atau sabun pembasmi kuman untuk melakukan pembersihan kenderaan.

2) Cuci Tangan

Perkara paling utama yang perlu dilakukan oleh pemandu dan penumpang adalah mencuci tangan dengan cecair pensanitasi tangan sejurus keluar daripada mana-mana tempat sebelum menyentuh permukaan kenderaan. Kuman dan bakteria akan terkumpul di tapak tangan anda selepas menyentuh barang-barang dari luar. Bagi membendung penyebaran kuman di dalam kereta, anda digalakkan untuk mencuci tangan dahulu sebelum menyentuh mana-mana bahagian kenderaan.

3) Gunakan Tisu Basah

Tisu basah dengan kandungan alkohol dari 45 hingga 95 peratus perlu digunakan untuk membersihkan permukaan dalaman kenderaan seperti stereng, papan pemuka, tombol gear dan sebagainya supaya dapat mencegah penyebaran bakteria atau virus. Anda tidak digalakkan mengguna tisu basah kanak-kanak kerana ia mempunyai peratusan alkohol rendah dan kurang membantu dalam pembasmian kuman atau virus.

4) Semburan Aerosol

Semburan aerosol atau disinfectant spray boleh digunakan untuk membasmi kuman. Kandungan bahan triethlene glycol sangat berkesan dalam membunuh bakteria dan virus yang membiak menerusi udara. Pastikan anda membaca arahan penggunaan produk ini sebelum menggunakan kerana ia mempunyai cara penggunaan yang berbeza.

5) Semburan Pembasmi Kuman

Bagi pembersihan khusus untuk bahagian lantai dan seumpamanya, anda boleh gunakan semburan pembasmi kuman yang mengandungi benzylkonium atau benzylammonium chloride. Kedua-dua bahan tersebut amat berkesan dalam membasmi bakteria atau virus dan ia selamat digunakan untuk pembersihan kenderaan anda.

Tempat-Tempat Yang Perlu Dibersihkan

• Tombol gear
• Stereng
• Papan pemuka
• Pemegang pintu
• Kunci kereta
• Kerusi
• Alas tangan
• Butang kawalan
• Cermin
• Tali pinggang keledar
• Pemegang cawan
• Bahagian terdedah lain

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!