Sediakan Payung Sebelum Hujan, Tindakan Menghadapi Banjir

Persediaan awal menghadapi sesuatu bencana adalah penting sebagai langkah penjagaan awal terutamanya ketika musim tengkujuh. Kenaikan air di beberapa kawasan khususnya kawasan berisiko banjir perlu lebih berhati-hati supaya dapat menghadapi situasi tidak terduga. Disenaraikan beberapa langkah wajib yang perlu diamalkan oleh orang ramai pada musim kemarau atau banjir ini:

1) Berwaspada Dengan Maklumat

Langkah pertama yang anda perlu amalkan adalah berwaspada dengan maklumat yang disampaikan melalui media. Sentiasa mendengar khabar atau informasi yang disalurkan melalui radio, televisyen, media sosial dan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan amaran awal supaya anda boleh mengambil langkah pencegahan dalam masa terdekat.

2) Peka Terhadap Keadaan

Pastikan sentiasa peka terhadap keadaan semasa dengan berwaspada terhadap siren amaran banjir yang diberi di kawasan anda. Ketahui kawasan pusat pemindahan berhampiran dengan rumah supaya dapat melakukan proses pemindahan dengan segera.

3) Bersihkan Saluran Air

Saluran air yang bersih mampu mengalirkan air hujan tanpa sebarang gangguan. Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis serta bersihkan saluran paip di kawasan rumah supaya ia tidak tersekat.

4) Bekalan Makanan Mencukupi

Bekalan makanan dan minuman yang mencukupi adalah penting untuk disediakan bagi menghadapi situasi tidak terduga ini kerana anda tidak dapat memasak seperti biasa. Pastikan beli makanan yang mampu tahan lama seperti bekalan roti, biskut, mi segera dan sebagainya untuk mengisi perut anda sambil menunggu air redah di kawasan perumahan anda.

5) Simpan Barang Berharga

Perkara penting yang ramai perlu menitikberatkan untuk menghadapi bencana adalah selamatkan barang berharga seperti dokumen penting dalam bekas kalis air dan menyimpannya di tempat selamat agar ia tidak hilang dihanyut banjir.

6) Alihkan Kenderaan

Kenderaan adalah aset berharga yang penting bagi setiap individu. Penduduk di kawasan berisiko boleh mengalihkan kenderaannya ke tempat lebih selamat seperti kawasan lebih tinggi yang tidak mudah dinaiki air hujan. Jangan lupa untuk mengunci kenderaan anda selepas mengalihkannya.

7) Barang Keperluan Asas

Sediakan barang keperluan asas seperti pakaian, peralatan keselamatan, ubat-ubatan dan lain-lain yang diperlukan sebelum berpindah ke lokasi kecemasan seperti Pusat Pemindahan Banjir atau Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!