Metalik Atau Solid? Ketahui Jenis Cat Kenderaan

Memilih cat kenderaan yang menawan serta menyerlahkan gaya adalah keinginan setiap pemilik kenderaan. Hitam, merah, putih, berkilat dan sebagainya adalah antara persoalan yang sentiasa wujud semasa membuat pemilihan warna. Sebelum menukar cat kenderaan, anda perlu mengetahui jenis-jenis cat yang terdapat dalam pasaran sekarang supaya tidak salah pilih. Disenaraikan beberapa jenis cat bagi memudahkan proses pemilihan cat bagi kenderaan anda:

1) Cat Warna Solid

Cat warna solid atau ‘solid paint’ adalah salah satu cat yang hanya mempunyai campuran daripada cat acrylic dan isocynate. Walaupun harganya agak kurang daripada yang cat lain, ia biasa digunakan oleh pengeluar kenderaan kerana mempunyai ketahanan lama kerana campuran dua bahan. Ia sangat mudah untuk dibaiki jika terdapat kesan calar dengan kos yang minimum.

2) Metalik

Cat metalik yang terdiri daripada pelbagai jenis warna mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cat solid tetapi terdapat penambahan serbuk logam yang memberi kesan kilat pada permukaan kenderaan. Tahap kandungan serbuk logam menetapkan tahap kesan kilatnya. Ia juga adalah antara cat yang paling mudah untuk dijaga dan dicuci tanpa melunturkan warna asalnya. Antara kebaikan cat metalik adalah kesan calar sukar dilihat dan mempunyai variasi warna bagi pilihan anda.

3) Cat Kilauan Mutiara

Cat kilauan Mutiara atau lebih dikenali sebagai Pearlescent paint adalah antara cat premium yang sangat popular bagi kualiti luar biasanya. Walaupun terdapat kesan kilat seperti metalik, ia lagi menarik kerana boleh menukar warna berdasarkan pantulan cahaya matahari pada badan kereta. Anda boleh melihat sinaran warna dari pelbagai sudut yang menarik ramai pengguna menggunakan cat ini.

4) Cat Kemasan Kusam

Warna jenis matte adalah kegemaran orang ramai kerana kelihatan yang sangat menawan. Cat kemasan kusam atau ‘matte finishes’ sangat cantik digunakan bagi menambah penampilan premium dan mewah pada kenderaan seseorang. Ia juga kurang reflektif dengan cahaya matahari. Warna hitam dan kelabu adalah kegemaran ramai pengguna kerana keanggunannya sangat menyerlah. Cat jenis ini sangat mudah untuk ditanggalkan jika berlaku sebarang kerosakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!