Lorong Suram Kini Menjadi Tarikan Pelancong

Lorong suram dan senyap kini menjadi lokasi tarikan pelancong di sekitar Lembah Klang. Kawasan pejalan kaki biasa telah diubah suai sebagai laman seni menarik dengan hasil lukisan seniman jalanan. Tema budaya Malaysia dari segi makanan, sejarah, kenangan sekolah, tokoh dan sebagainya digunakan untuk menggambarkan identiti negara tercinta kita. Disenaraikan beberapa lokasi seni jalanan ‘street art’ yang perlu anda kunjungi pada musim cuti atau hujung minggu nanti:

jalan alor 2 afiztakumi_mr_stick
Sumber: Instagram @afiztakumi_mr_stick

1) Street Art Jalan Alor

Selain pusat beli-belah dan tempat makanan sedap, Bukit Bintang juga terkenal dengan lukisan mural di lorong Jalan Alor. Bukan sekadar lukisan di dinding, malah seluruh kawasan termasuk tangga dan lantai dihiasi dengan mural berwarna-warni.

jalan alor 1 ifasakura
Sumber: Instagram @ifasakura

Setiap dinding mempunyai lukisan cantik yang berkonsepkan alam sekitar iaitu pokok, hutan, air terjun, daun-daun berguguran dan sebagainya.

jalan alor 3 laucheel
Sumber: Instagram @laucheel

Jangan lepaskan peluang mengambil gambar ‘insta-worthy’ di sini!

lamanseni7
Sumber: travelmalaysia.me

2) Laman Seni 7

Warga Shah Alam yang sering mengunjungi i-City kini boleh menambah Laman Seni 7 sebagai ‘port lepak’ hujung minggu anda. Sambungan daripada Laman Seni 2, ia merupakan kawasan komersial tumpuan orang ramai yang mendapat perhatian kerana Lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalan dan lain-lain.

lamanseni7 1 d_metro_hotel
Sumber: Instagram @d_metro_hotel

Lukisan mural dan pilihan warna sangat menyerlahkan selaras dengan konsep ‘Komuniti Shah Alam’ dan ‘Konsep Hijau’.

laman
Sumber: yelp.com

3) Laman Seni 2

Adakah anda rindu zaman sekolah? Teringin untuk naik bas sekolah bersama rakan-rakan? Laman Seni 2 merupakan kawasan mural pertama di Shah Alam bertemakan ‘old school’. Kanak berebut naik bus, bilik darjah bersepah, bus sekolah klasik dan sebagainya akan mengembalikan kenangan indah anda di zaman persekolahan. Kunjungi tempat ini bersama rakan anda untuk mengenang semula zaman tersebut.

safari
Sumber: Facebook @selangoengchoonyouth

4) Safari Jejak Warisan

Klang yang terkenal sebagai bandar Diraja mempunyai pelbagai khazanah menarik untuk diteroka. Safari Jejak Warisan di Little India telah menjadi tarikan pelancong baru di Klang selain tempat bersejarah, makanan sedap dan sebagainya yang terdapat di sini.

safari 1
Sumber: Facebook @selangoengchoonyouth

Sekiranya anda rindu melawat zoo, kunjungilah Safari Jejak Warisan yang mempunyai pelbagai jenis lukisan haiwan yang mempesonakan.

sasaran discoverselangor
Sumber: Instagram @discoverselangor

5) Sasaran Art

Landskap yang cantik, kawasan perkampungan nelayan dengan rakyat yang harmoni telah mewujudkan Balai Seni Sasaran di Kuala Selangor sebagai satu ruang untuk orang ramai menunjukkan bakat kesenian mereka. Awalnya sebagai tapak terbiar kini telah menjadi pusat galeri seni yang diberi ruang untuk melakukan pameran tempatan dan antarabangsa berkaitan aktiviti kesenian disamping menjadi kawasan tarikan pelancong dengan hasil lukisan menarik.

6) Mural Jalan Kenari

Lukisan mural yang disiapkan dalam tempoh masa enam hari telah menarik perhatian ramai orang kerana keunikan hasil lukisan yang melambangkan rakyat Malaysia. Mural 3D seperti teh tarik, kumpulan bola sepak, makanan tradisional, permainan tradisional dan sebagainya dilukis di Jalan Kenari 2, Bandar Puchong ini. Pastikan meluang hujung minggu anda bersama kanak-kanak di sini bagi menghidupkan kembali kenangan manis.

kuala kubu
Sumber: malaysia.travel

7) Mural Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu yang terletak di Hulu Selangor mempunyai banyak aktiviti menarik untuk dilakukan seperti paragliding, water rafting, berkelah dan sebagainya. Bukan sekadar aktiviti lasak, terdapat juga kawasan santai seperti lukisan mural di bangunan lama. Sebanyak 8 lukisan telah disiapkan oleh pelajar dan kakitangan kolej ALFA pada tahun 2014. Lukisan berikut telah menyerikan kawasan ini sekaligus meningkatkan kehadiran orang ramai.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Alternator Belt Perlu Diganti Segera

Alternator adalah penjana kuasa yang memastikan bateri kenderaan dicas dan berfungsi menghidupkan komponen elektrik utama kenderaan. Tanpa komponen ini, bateri kenderaan akan cepat habis...

5 Cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya kian meningkat dan terdapat peningkatan angka kematian berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kesedaran keselamatan dikalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu mengurangkan...

Amalan Makanan Sahur Sihat

Sahur merupakan santapan pertama di awal pagi sebagai bekalan untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari sewaktu berpuasa. Oleh yang demikian, pemilihan makanan...

Tips Hindari Dehidrasi Ketika Cuaca Panas di Bulan Puasa

Tubuh badan kita mengandungi sebanyak 70 peratus air dan mudah mengalami masalah dehidrasi sekiranya kandungan air tidak mencukupi. Perkara ini biasa berlaku terutamanya ketika...

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!