Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, Kenangan Manis PKP Terutamanya No.6

Sejak awal tahun ini, setiap negara telah terkesan akibat pencetusan pandemik di seluruh dunia. Bermula dari bulan Mac 2020, seluruh rakyat Malaysia telah melalui detik paling bersejarah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown yang telah berlangsung selama lebih tiga bulan. Sepanjang tempoh tersebut, orang ramai telah melakukan pelbagai aktiviti bagi menghilangkan kebosanan mereka. Seiring dengan pengakhiran tahun 2020, disenaraikan beberapa peristiwa PKP yang tidak dapat dilupakan:

dalgona

1) Dalgona Coffee

Adakah anda masih ingat ‘Dalgona Coffee’? Hampir setiap orang mengila-gilakan minuman ini hingga tidak dapat menghabiskan hari mereka tanpa secawan kopi. Semenjak PKP ‘Dalgona Coffee’ telah viral dalam kalangan pengemar kopi yang asalnya popular di negara Korea. Ia amat senang untuk dibuat dan enak untuk diminum di mana kanak-kanak kecil turut berminat dengan Dalgona Coffee.

roti

2) Gila Roti

Bagi pertama kali dalam sejarah perniagaan Malaysia, roti jenama Gardenia kehabisan stok akibat pembelian panik. Oleh itu, munculnya bakat baharu dalam kalangan orang ramai yang mula membuat roti di rumah masing-masing dengan mencuba pelbagai resepi baharu.

cake

Bukan sekadar roti, hampir setiap hari ramai membuat pelbagai jenis pencuci mulut seperti kek, roti, biskut dan sebagainya bagi mengisi masa lapang dan makan bersama ahli keluarga.

tiktok

3) Tiktok

Aplikasi video pendek yang berdurasi selama 15 saat iaitu platform TikTok turut viral hingga melahirkan bakat-bakat baharu. Siapa yang masih mengingat lagu Love Story- Marry Me Juliet, Savage Love, cabaran isyarat tangan dan memek muka? Majoriti gen Z telah mengunakan platform ini untuk menghilangkan kebosanan mereka dan telah mahir dalam penghasilan video berkualiti. Platform ini juga telah melahirkan banyak bakat baharu untuk industri media. Selain itu, banyak pakar perubatan, guru, karyawan dan seniman mula mengajar dan berkongsi ilmu menerusi aplikasi ini.

gardening

4) Hobi Baru

Selain membaca buku, menonton televisyen dan mengemas rumah, muncul hobi baru seperti menanam pokok dan sayur-sayuran. Disebabkan mempunyai waktu lapang yang banyak, aktiviti menanam telah menarik perhatian ramai kerana mampu menjaganya dengan baik. Pelbagai jenis sayuran mudah seperti Cili, Pudina, Saderi, Bawang dan sebagainya telah mula ditanam serta menjaganya dengan baja organik supaya memperoleh hasil makanan berkhasiat.

wfh

5) Bekerja Dari Rumah ‘WFH’

Buat julung kalinya istilah ‘Work From Home’ telah diperkenalkan kepada hampir setiap pekerja di negara ini sebagai satu inisiatif mengurangkan penularan wabak COVID-19. Ramai menghadapi kesukaran untuk WFH tetapi lama-kelamaan telah menyesuaikan diri bagi cabaran baharu ini. Kini masih terdapat sebilangan syarikat yang masih mengamalkan WFH demi menjaga sesama sendiri.

online shopping

6) Pembelian Dalam Talian

Adakah anda masih merenung pintu rumah? Pembelian dalam talian telah mendapat sambutan yang luar hangat dalam masa yang singkat akibat penutupan pusat beli-belah dalam tempoh PKP. Shopee, Lazada, 11street Malaysia, Zalora dan sebagainya telah menjadi peneman sejati ramai untuk melakukan pembelian bahan keperluan dan kehendak. Hampir setiap hari mereka menerima hadiah daripada insan bernama pengirim pos.

photo_2020-12-16_23-48-33

7) Trend Media Sosial

Kebosanan yang melampau telah mewujudkan satu rantaian permainan melukis menerusi media sosial. Cabaran melukis telah diperkenalkan di mana seseorang individu melukis buah-buahan, sayur-sayuran, karakter kartun dan sebagainya menggunakan jari. Selain itu, ramai telah mula bermain menjawab soalan menerusi templat yang bertemakan pra-COVID dan cabaran PKP.

matj
Sumber: Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

8) Group Tukang Masak

Ramai telah menjadi tukang masak berjaya dalam tempoh singkat dengan memasak pelbagai lauk dan makanan bagi ahli keluarganya. Kaum lelaki turut tidak terlepas dalam senarai memasak di mana masakan mereka telah viral dalam platform media sosial. Terdapat juga gelagat hiburan di mana ramai telah mula berkongsi resepi baharu dan masakan tidak berjaya menerusi kumpulan media sosial ‘masak apa tak jadi hari ini’. Mesti anda terhibur semasa melihat perangai memasak mereka yang tidak berjaya!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!