Sakit Mata Tengok Kesan Kotor Atas Kerusi Kenderaan? Ikuti 4 Langkah Mudah Bersihkan Seperti Kerusi Baharu

Anak-anak tumpahkan minuman dan makanan atas kerusi kenderaan? Sakit mata melihat kesan ala peta dunia atas kerusi. Usah risau lagi kerana terdapat beberapa cara mudah untuk anda membersihkan kesan kotoran tersebut dari rumah anda sahaja! Ikuti langkah mudah berikut bagi membersihkan semula kerusi kenderaan anda seperti kerusi baharu:

SEAT-6062e

1) Bersihkan Permukaan Kerusi

Permukaan kerusi biasanya kelihatan bersih daripada habuk tetapi terdapat banyak kotoran halus melekat di celah-celah kerusi. Oleh itu, langkah pertama dalam penjagaan kenderaan adalah membersihkan kerusi kereta dengan penyedut hampagas atau berus pembersih habuk kereta untuk menghilangkan segala habuk dan partikel kotoran halus.

2) Gunakan Bahan Pencuci

Terdapat banyak bahan pencuci kerusi kenderaan yang dijual di kedai atau anda sendiri boleh buat dengan menggunakan sabun pencuci pinggan atau baju. Kacaukan sabun tersebut dengan air suam sebelum membersihkan kerusi untuk menghilangkan kotoron. Bagi kereta yang menggunakan kerusi kulit, anda boleh beli bahan pencuci khas dan semburnya pada permukaan kerusi.

3) Gosok

Langkah ini hanya boleh dilakukan pada kerusi fabrik iaitu mengosok permukaan kerusi selepas menyembur air sabun. Gunakan berus yang lembut dan menggosoknya dengan perlahan sehingga bersih. Ulang proses menggosok berkali-kali supaya kotoran degil tanggal dengan cepat.

4) Bersihkan Dengan Mengelap

Selepas menggosok, anda perlu lap permukaan tersebut dengan air suam dan kain supaya kotoran tidak melekat kembali. Anda perlu mengulang proses ini sehingga meninggalkan kesan bahan pencuci.

Bagi kerusi jenis kulit pula, selepas menyembur bahan pencuci anda perlu mengelap bahagian kotor dengan kain mikrofiber dan membilas kain tersebut setiap kali anda mengelap supaya membuang kotoran yang terlekat pada kain. Senang bukan!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!