Pengelap Cermin Punca Kemalangan, Ikuti 6 Petua Penjagaan Pengelap Cermin Ini!

Sentiasa berfikiran bahawa pengelap cermin hanya penting semasa hujan? Tahukah anda tanpa alat penting ini anda akan mengalami kesukaran dalam memandu kenderaan ketika hujan sehingga boleh menyebabkan kemalangan? Ramai pemandu kenderaan memandang enteng terhadap fungsi pengelap cermin sehingga mengabaikan penjagaannya. Kini tiba masa bagi anda memberi perhatian terhadapnya dengan mengikuti petua tersenarai supaya anda mempunyai pemandangan jelas ketika memandu.

1) Angkat Pengelap Cermin

Langkah penjagaan penting untuk pengelap cermin adalah mengangkat kedua-dua pengelap cermin semasa meletak kenderaan di tempat panas atau di mana-mana kawasan terbuka. Langkah ini perlu dilakukan bagi mengelakkan peninggalan kesan buruk pada cermin hadapan kenderaan dan menghindarkan pengelap cermin daripada mengeras serta mengurangkan fungsinya.

2) Bersihkan Bilah

Pernahkah anda membersihkan bilah pengelap cermin semasa mencuci kenderaan? Ramai lupa untuk membersihkan alat ini kerana masih menganggap pengelap cermin tidak penting. Anda perlu sentiasa membersihkan bilah bagi mengelakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah. Hal ini mampu merosakan cermin hadapan dan menjejaskan penglihatan anda. Pastikan mengelap bilah dengan kain lembap sekurang-kurangnya seminggu sekali.

3) Jangan Guna Ketika Kering

Tabiat buruk pemandu dalam penggunaan pengelap cermin adalah menggunakannya ketika keadaan kering. Tindakan ini adalah sangat bahaya kerana ia hanya boleh digunakan pada permukaan yang basah. Pengumpulan kotoran di bawah bilah boleh menyebabkan wiper haus lebih cepat jika anda gunakannya pada permukaan kering. Sentiasa ingati untuk menggunakan pengelap cermin bersama pancuran air supaya ia membasahkan permukaan cermin dahulu.

4) Ganti Bilah

Bilakah kali terakhir anda mengganti bilah pengelap cermin? Sama seperti komponen kenderaan lain, bilah pengelap cermin turut perlu ditukar apabila tiba masanya atau enam bulan sekali bagi memastikan kebolehpakaian alat ini masih berada dalam keadaan baik. Pastikan menukar apabila terdapat kesan koyak, kering, lusuh, terbelah atau lain-lain pada bilahnya pengelap cermin.

5) Pastikan Cermin Hadapan Bersih

Cermin hadapan yang bersih akan menjamin penglihatan dan keselamatan anda.
Habuk, debu, batu dan partikel kecil boleh menjejaskan jangka hayat pengelap cermin. Oleh itu, pastikan cermin hadapan anda sentiasa bersih dan memeriksa sebelum dan selepas memandu dalam hujan supaya dapat memanjangkan jangka hayat bilahnya.

6) Parkir Di Tempat Teduh

Pendedahan kepada cahaya matahari yang panas boleh menjejaskan kebolehupayaan pengelap cermin. Haba panas akan mengeraskan getah pengelap cermin dan meninggalkan goresan pada cermin berpunca daripada partikel-partikel kecil di kawasan terbuka. Pastikan sentiasa meletakkan kenderaan di kawasan yang teduh supaya ia melindungi kenderaan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Pemeriksaan Kenderaan & PSD SPANCO Anjuran Kementerian Kewangan 2023

Pada 29 dan 30 MEI 2023 lepas, SPANCO telah menyertai lawatan pemeriksaan kenderaan konsesi anjuran Kementerian Kewangan di dua buah Pusat Servis Diiktiraf (PSD)...

5 Jenis Bendalir Penting Dalam Kenderaan

Bendalir digunakan dalam kenderaan memainkan peranan utama dengan memastikan komponen dalaman kenderaan berfungsi dengan baik. Tanpa bendalir seperti minyak enjin dan brek, pemanduan kenderaan...

Cara Kenali ‘Starter’ Kereta Mengalami Kerosakan

Penghidup elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘starter’ adalah antara komponen utama dalam kenderaan yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. ‘Starter’...

Lesen Memandu Kini Boleh Diperbaharui Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa. Rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen...

Ketahui Cara Betul Menambah Bendalir Brek

Bendalir brek perlu disenggara secara berlaku agar dapat berfungsi dengan baik. Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!