Bosan Bekerja Dari Rumah? 10 Lokasi Hotel Ini Menawarkan Pakej WFH Menarik!

Bosan bekerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Melihat dinding dan persekitaran rumah setiap hari membosankan anda? Usah risau lagi kerana kini terdapat banyak hotel dan apartment yang menawarkan anda bilik hanya untuk bekerja dengan harga yang berpatutan. Dikongsikan beberapa hotel yang menawarkan Work From Hotel (WFH) bagi menyenangkan urusan pekerjaan anda:

ormand
Sumber: www.thechowkit.com

1) Ormond Hotel

Ormond Hotel yang terletak di Chow Kit menawarkan pakej RM30 untuk menginap di hotelnya untuk bekerja dari hotel. Bukan sekadar harga rendah malah, mereka menawarkan minuman barista-coffee secara percuma beserta 30 % diskaun F&B dan potongan 30% untuk penginapan.

ormand 1
Sumber: www.thechowkit.com

Pakej ini hanya terdapat dari pukul 9 pagi hingga 7 malam sahaja. Tunggu apa lagi? Segera menempah bilik di sini bagi menikmati suasana pekerjaan yang luar biasa.

ancasa
Sumber: ancasahotels.com.my

2) AnCasa Hotel

Adakah anda teringin bekerja dengan melihat pemandang langit bandar yang indah? AnCasa Hotel yang terletak Kuala Lumpur kini menawarkan pakej penginapan dengan harga RM110 bersama satu set pakej makanan.

ancasa 1
Sumber: ancasahotels.com.my

Anda boleh menambah RM50 untuk menikmati penginapan di Junior Suite. Nikmatilah penginapan yang menarik di sini sambil bekerja dengan tenang.

shang 1
Sumber: shangri-la.com

3) Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

Hotel bertaraf lima bintang yang terkenal di seluruh Malaysia iaitu Shangri-La Hotel turut tidak terlepas dalam menawarkan pakej Work From Hotel bagi pelangganya. Tiga bilik yang terdiri daripada Executive Room (1 orang), Horizon Club Room (lebih daripada 2 orang) atau Executive Suite (lebih daripada 3 orang) disediakan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

shang
Sumber: shangri-la.com

Mereka juga memberi diskaun sebanyak 20% bagi bilik mesyuarat, makanan dan minuman. Bukan sekadar itu, anda turut mendapat akses untuk menikmati fasiliti mereka ke Health Club dan Spa dari jam 7 pagi hingga 8 malam. Tawaran WFH ada dari 15 June hingga 31 Mac 2021.

holiday inn
Sumber: ihg.com

4) Holiday Inn Express Kuala Lumpur

Parkir dan Wifi percuma, minuman kopi tanpa had dan anda boleh menggunakan segala kemudahan hotel dengan harga WFH yang ditawarkan oleh Holiday Inn Express Hotel yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan harga serendah RM85 sahaja, anda boleh menikmati segala kemudahan sambil bekerja. Nikmatilah penginapan santai dengan harga yang rendah.

fout 1
Sumber: Instagram @fourpointspuchong

5) Four Points By Sheraton Puchong

Four Points by Sheraton yang terletak di kawasan penumpuan orang ramai di Puchong adalah antara hotel terawal yang menawarkan pakej WFH di negara kita. Mereka menawarkan bilik penginapan dengan harga bermula dari RM100 beserta kemudahan ruang parkir percuma bagi pelanggannya.

fout
Sumber: Instagram @fourpointspuchong

Anda boleh menikmati kemudahan hotel ini bermula jam 11 pagi hingga 7 petang sahaja.

ruma
Sumber: Instagram @therumahotel

6) The RuMa Hotel and Residences

Nikmati bekerja sambil melihat pemandang berlatarkan Petronas Twin Tower di The RuMa Hotel and Residences. Terdapat Wifi berkelajuan tinggi pada peranti tanpa had, sambungan HDMI di television untuk meeting berasaskan maya, tempat letak kenderaan percuma dan sebagainya dengan harga RM248 selama tempoh 4 jam.

work-from-home
Sumber: theruma.com

Anda boleh bekerja sambil melihat pemandangan menarik dan menikmati suasana baharu di Kuala Lumpur.

the new 1
Sumber: Instagram @newworldpetalingjaya

7) Hotel New World

Letih dengan suasana hiruk piruk? Anda kini boleh bekerja di Hotel New World yang terletak di Petaling Jaya dari 8 pagi hingga 8 malam. Mereka menawarkan beberapa pakej menarik yang boleh anda pilih berdasarkan kesesuaian anda.

the new
Sumber: Instagram @newworldpetalingjaya

Nikmatilah tempat letak kenderaan percuma, Wifi berkelajuan tinggi, diskaun 20% bagi makanan dan minuman, gim dan makanan tengah hari dengan bekerja di hotel mereka.

medi
Sumber: marriott.com

8) Le Meridien Putrajaya

Bagi penduduk di sekitar Putrajaya, anda boleh WFH di Hotel Le Meridien yang terletak bersebelahan pusat beli belah IOI City Mall Putrajaya. Bermula dengan harga RM180, anda boleh menggunakan fasilitinya dari jam 11 pagi hingga 7 petang.

medi 1
Sumber: marriott.com

Hotel menarik dengan interior yang cantik dan mewah akan meningkatkan semangat bekerja anda sepanjang tempoh PKPB ini.

home_slider_2
Sumber: royalechulan.com

9) Royale Chulan

Royale Chulan hotel yang terletak di Kuala Lumpur turut menawarkan pakej kerja dari rumah dengan harga bermula dari RM49. Bilik bagi tujuan WFH di buka dari pukul 7 pagi hingga 10 malam dengan memberi satu pakej makanan tengah hari atau malam bagi pelanggannya.

rckl_home_1
Sumber: royalechulan.com

Anda juga akan dapat Wifi, tempat letak kenderaan dan minumam percuma. Sekiranya anda berniat untuk bermalam di hotel ini, anda perlu membayar RM99.99 sebagai kos tambahan.

pulse
Sumber: pulsegrande.com.my

10) Pulse Grande Hotel

Orang ramai yang tinggal berhampiran kawasan Putrajaya, anda boleh melawat ke Pulse Grande Hotel yang terletak di sini untuk menikmati tawaran pakej work from hotel mereka. Bermula dari RM35 anda boleh menginap di hotel ini untuk melakukan kerja perjabat dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Terdapat kopi, WiFi, tempat letak kenderaan percuma dan diskaun 25 peratus bagi menu makanan dan lain-lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Lawatan Kunjung Hormat Delegasi Perodua Ke SPANCO

12 MEI 2023 – SPANCO telah menerima lawatan kunjung hormat dari delegasi syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bertempat di Pusat Servis Wilayah...

Punca Palam Pencucuh Berminyak

Palam pencucuh adalah antara komponen penting dalam sistem nyalaan enjin sesebuah kenderaan. Ianya berfungsi untuk mencetuskan percikan api bagi membantu proses pembakaran di dalam...

5 Komponen Kenderaan Yang Terjejas Akibat Cuaca Panas

Cuaca panas kebelakangan ini bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan diri malah kenderaan juga boleh rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Menurut pakar MET, negara...

5 Lokasi Menarik Untuk OOTD Sambil Beriadah

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil meluangkan masa berkualiti dengan mereka. Lebih seronok jika anda boleh kunjungi...

Punca Kerosakan Sensor ‘Engine Coolant Temperature’

Sensor Engine Coolant Temperature adalah suatu komponen yang berfungsi untuk mengukur suhu penyejuk enjin melalui litar perintang. Ia menyampaikan bacaan ini kepada Modul Kawalan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!