Risiko Penyakit Gout

Penyakit gout merupakan salah satu masalah kesihatan global yang perlu diberi perhatian oleh orang ramai. Ia adalah penyakit yang melibatkan metabolism di mana ia berpunca daripada kandungan asid urik berlebihan dalam badan seseorang. Asid urik yang berlebihan ini akan berkumpul di dalam sendi dan mewujudkan benjolan pada sesetengah bahagian badan. Dengan ini, ketahui punca, simptom dan kesan penyakit gout sebagai langkah memupuk kesedaran dalam diri.

Punca

Antara punca utama seseorang individu diserang oleh penyakit gout ialah akibat kandungan urik yang berlebihan dalam badan. Selain itu, ia juga berpunca daripada asid urik yang tidak dibuang daripada badan secara berkesan.

Apabila badan kehilangan keupayaan membuang asid tersebut, ia akan terkumpul dalam badan sehingga menyebabkan pembentukan kristal berbentuk jarum pada sendi dan di sekeliling sendi. Ia juga boleh menyebabkan pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

Asid urik berasal daripada makanan hidup yang kita makan seperti ayam, makanan laut, pemakanan yang merangkumi alkohol, tinggi diet purin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan berikut dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan pengumpulan asid urik dalam badan. Berat badan yang tidak terkawal juga boleh menyumbangkan kepada serangan penyakit gout.

Simptom

Simptom atau tanda-tanda yang menyebabkan penyakit ini adalah sebahagian badan anda akan mengalami kesakitan. Kesakitan ini biasanya wujud di sekitar pergelangan tangan, jari, siku, lutut, tumit, buku lali dan jari kaki. Selain itu, pesakit gout juga akan mengalami kesakitan di sendi dengan kesan bengkak, merah, sakit, rasa panas di bahagian tersebut dan pergerakan terhad. Ia dapat dirasai pada waktu pagi iaitu selepas bangun atau pada waktu malam.

Pesakit juga akan rasa sakit apabila disentuh diikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk. Ia boleh berlarutan hingga satu atau dua minggu. Anda juga boleh mengalami serangan secara tiba-tiba terutamanya pada waktu tengah malam dan mengalami penyakit kerap kencing. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti dinyatakan, anda perlu segera mendapatkan rawatan daripada pakar untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai penyakit ini.

Kesan

Kesan penyakit ini amat ketara di mana kaki pesakit akan membengkak akibat kandungan asid tinggi serta mengalami kesakitan ketika berjalan dan menyukarkan pergerakan anda dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia juga menyebabkan masalah kesihatan lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, serangan jantung, strok, kegemukan serta pengumpulan batu karang di saluran kencing.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Kenderaan Bergegar Apabila Membrek

Kenderaan bergegar apabila membrek bukan sahaja boleh mengganggu fokus pemanduan, malah menimbulkan keresahan dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan kenderaan yang sedang dipandu. Antara punca-punca...

Kenali Jenis-Jenis Bendalir Stereng Kuasa

Bendalir stereng kuasa berfungsi untuk melincirkan pergerakan pemutaran stereng dan memudahkan pemanduan. Ia memastikan komponen dalaman sistem stereng dilincirkan dan memastikan hos, omboh, injap...

4 Tempat Tart Telur Terkenal di Lembah Klang

Tart telur adalah antara snek yang lazat dimakan pada bila-bila masa termasuk pada waktu lewat malam sebagai pengalas perut. Terdapat banyak jenis tart telur...

Kesedaran Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting di dalam badan yang menyingkirkan sisa buangan dan toksin. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang gagal menjaga buah pinggang...

Punca Meter Kelajuan Tidak Berfungsi

Meter kelajuan kenderaan memainkan peranan penting bagi menunjukkan had kelajuan kenderaan yang dipandu. Sekiranya ia tidak berfungsi dengan betul, pemandu kenderaan akan mengalami kesukaran...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!